10 benda yang buktikan G-Class 2018 memang serba baharu

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mercedes-Benz baharu sahaja menyingkap tirai dan mempersembahkan varian terbaharu model ikonik mereka, G-Class atau juga dikenali sebagai G-Wagen.

Namun begitu ramai yang berkata ia hanya satu facelift kerana rekabentuk G-Class ini masih kekal sama dan tidak banyak beza.

Kerana itu artikel ini menyenaraikan 10 perubahan ketara yang dipilih oleh jurutera dan perekabentuk Mercedes-Benz sendiri untuk membuktikan bahawa ini bukannya facelift biasa.
 

 

Ia bukan lagi berbucu tajam

Oleh kerana undang-undang keselamatan Eropah yang mahu memastikan kenderaan selamat untuk pejalan kaki, Mercedes-Benz terpaksa membuang rekabentuk dahulu yang penuh dengan bucu-bucu dan sudut-sudut tajam.
G-Class baharu ini nampak bersegi tetapi jika dilihat dengan teliti, ia lebih lembut dan mempunyai bucu yang lebih bulat.
Malah cermin hadapan juga sebenarnya melengkung!

 

 

Lampu isyarat membelok lebih mesra pejalan kaki


Lampu isyarat G-Class ini masih dilokasi asal, iaitu di atas fender sisi.
Namun begitu, ia lebih bulat dan sekiranya dilanggar pejalan kaki, lampu itu akan terjatuh ke dalam fender.

 

 

Penutup pintu retro dengan bunyi klasik

Penutup pintu G-Class memang sama seperti yang lain, tetapi di bahagian dalamnya ia menggunakan mekanisma yang lebih moden dan lebih selamat.
Namun begitu Mercedes-Benz tetapi memastikan ia retro dan bunyi beli "klik" itu tetap wujud.

 

 

Kamera undur yang boleh diharapkan

G-Class dulu menghadapi masalah dengan kamera undur yang langsung tidak menampakan banyak objek.
Untuk G-Class baharu, kamera undur diletakkan di bawah dan mampu membersihkan dirinya sendiri.
Ia juga digunakan sebagai salah satu kamera 360-darjah.

 

 

Enjin V8 sahaja
Model G-Class G550 datang dengan enjin twin-turbo 4.0L V8 yang menghasilkan 416 hp.
Ekzos masih lagi keluar dari bawah tempat kaki di kedua sisi, dan habis di hadapan roda belakang.
Trnsmisi 9-kelajuan automatik menggantikan tranmsisi lama dengan 7-kelajuan.

 


Pengendalian sporty dan selesa kini standard
G-Class kali ini mempunyai pengendalian yang selesa dan sporty.
Dahulu, jika orang berkata G-Wagen itu selesa, terus kita tahu orang itu tidak sedarkan diri.

 

 

Tempat letak cawan
Jika G-Wagen lama mempunyai satu tempat letak cawan yang lebih kepada sebuah sarung berjaring, model baharu ini mempunyai dua tempat letak cawan di hadapan!

 

 

Papan pemuka lebih modern dan praktikal
Bahagian papan pemuka G-Class baharu memang berbeza langsung dari yang dahulu.
Ia mempunyai skrin-skrin sesentuhd an skrin LCD yang besar, sama seperti pada A-Class baharu dan E-Class.

 

 

Brush guard akan kembali
Walaupun sukar kerana ia menggangu keselamatan pejalan kaki, Mercedes-benz yakin brush guard atau palang kangaroo di hadapan akan kembali hujung tahun ini atau tahun hadapan.

 

 

“Schöckl Proved”
Sekali imbas, pasti ada yang sangka jam Casio G-Shock digunakan untuk menguji kelasakan G-Wagen ini.
Sebenarnya Schöckl ialah nama sebuah jalan pergunungan yang sukar di Austria, berhampiran dengan kilang pemasangan G-Class ini.
Lencana ini dilekatkan pada pintu hadapan G-Class itu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Mercedes Vision EQXX itu telah mengembara sejauh 1010km merentasi Semenanjung Arab dengan purata…
Berita Domestik
Menurutnya, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua unit RIM dari Balai Bomba dan Penyelamat…
Berita Global
  Rekod tersebut dibuat pada 28 Oktober 2022 dan menariknya dipandu ke litar pada pukul 5:14:31…