10 tahun menerajui transformasi rekabentuk Kia - Peter Schreyer terima anugerah dari Autocar

oleh Muhammad Md Tajudin|
Peter Schreyer terima anugerah dari Autocar
Peter Schreyer terima anugerah dari Autocar
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika ada anugerah pereka paling popular setaraf selebriti, Peter Schreyer adalah individu paling layak menerimanya.

Sedar tidak sedar sudah sepuluh tahun beliau dilantik bagi menerajui strategi rekabentuk Kia dan usaha itu telah diiktiraf penerbitan Autocar melalui Sturmey Award.

Anugerah tersebut begitu berprestij kerana ia hanya diberi susulan pencapaian cemerlang indvidu dalam tempoh yang lama.

Autocar melihat hasil kerja revolusi rekabentuk yang telah di lakukan Schreyer di Kia dan turut mengiktiraf usaha beliau di Hyundai dan juga jenama premium Genesis.

Pengarang Autocar, Mark Tisshaw berkata, "Anugerah ini dinamakan sempena pengasas kami iaitu Henry Sturmey dan ia hanya diberikan kepada individu cemerlang yang pada pendapat kami telah memberikan sumbangan yang besar kepada dunia automotif.

"Apa yang telah dilakukan Schreyer sejak beliau menyertai Kia adalah suatu yang menggagumkan.

"Beliau berjaya menjadikan Kia sesuatu yang berbeza pada hari ini dan turut meluaskan daya kreativitinya di Hyundai dan Genesis sehingga mereka yang berada dalam industri ini memberi perhatian kepada setiap kenderaan baharu yang dikeluarkan."

 

Peter Schreyer terima anugerah dari Autocar

 

Peter Schreyer turut menjelaskan minat beliau dalam dunia automotif dan berterima kasih di atas anugerah yang diterima. 

"Saya berasa rendah hati dengan penganugerahan ini memandangkan ia mengiktiraf pencapaian peribadi.

"Sebagai pereka, saya melakukan ini semua kerana cinta saya pada kereta, saya sayangkan industri ini dan saya percaya fokus utama dalam pekerjaan kami adalah bagi menghasilkan produk yang menarik dan mengujakan bagi mewujudkan perasaan bangga kepada pelanggan kami."

 

Peter Schreyer terima anugerah dari Autocar

 

Dengan kepercayaan yang telah diberi untuk mengubah sepenuhnya wajah Kia seterusnya Hyundai dan Genesis adalah satu penghargaan besar.

Ditambah pula dengan pengiktirafan yang telah diberi oleh majalah peminat kereta tertua di dunia pula menjadikannya lebih istimewa!

Sturmey Award telah disampaikan semasa majlis Anugerah Tahunan Autocar pada 23 Mei lalu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Beliau mengetuai kaedah pembangunan produk yang diterajui oleh reka bentuk (design led) Kia…
Berita Global
Dalam satu laporan terkini daripada Business Korea, Hyundai dikhabarkan menutup secara rasmi pusat…
Berita Global
Ini kerana menurut laporan terbaharu daripada Korea Times yang memetik sumber enggan dikenali,…