2 helikopter terhempas ketika raptai di Pangkalan TLDM Lumut

oleh Penyumbang Rencana|
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut pada Selasa.

Difahamkan dua helikopter terbabit sedang membuat raptai sempena Hari Terbuka Armada TLDM yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Mei depan di Pangkalan TLDM Lumut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian berlaku.

Menurutnya, laporan awal memaklumkan terdapat dua mangsa terlibat.

"Setakat ini keadaan mangsa masih belum diketahui, laporan media akan diberikan nanti," katanya.

Berita lanjut akan menyusul kemudian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, pengeluar helikopter Eropah itu berhasrat untuk memperkukuhkan penguasaannya dalam…
Informasi
Hantaran tersebut turut berkongsikan tiga keping gambar memaparkan pengurniaan MPV Toyota Vellfire…
Berita Domestik
Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan laporan mengenai…