25 tahun Mercedes-Benz CL C 215, V8 dan V12, ampaian ABC, pernah jadi Kereta Keselamatan Rasmi F1

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mercedes-Benz CL 55 AMG
Mercedes-Benz CL 55 AMG
Di antara perkara yang menambat hati tentang Mercedes-Benz ialah penawaran model coupé sebagai pilihan kepada sedan C dan E-Class.

Mercedes-Benz tidak sekadar membuang dua pintu di belakang tetapi membuatnya dengan anggun dan menarik dan berjaya mencambahkan peminat baharu.

Jika coupé C dan E-Class tidak sukar ditemui bagaimana pula dengan S-Class?

Jawapannya pada Mercedes Benz CL-Class dengan generasi pertama dikeluarkan pada 1992.

Generasi kedua iaitu CL C 215 pula pertama kali dipertontonkan pada Pameran Kenderaan Geneva 1999 dan berjaya menarik perhatian ramai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mercedes-Benz CL 600 215 01
Mercedes-Benz CL 600 

 

Ketua Reka Bentuk Mercedes-Benz, Bruno Sacco dan kakitangannya bertanggungjawab dalam rekaan C 215. Beliau juga individu di sebalik CL-Class generasi pertama.

Satu perkara tentang C 215 ialah sistem ampaian aktif canggih yang dikenali sebagai Active Body Control (ABC).

Mengimbau projek C 215, Frank Knothe memaklumkan ABC ialah inovasi terhebat model ini.

Beliau merupakan jurutera dan pengurus siri S-Class, SL dan SLK dan bersama kakitangan menjalankan keseluruhan konfigurasi teknikal.

Dengan tekanan tinggi 200 bar serta penderia dan kawalan berkuasa, ABC meminimumkan olengan, anggul (pitch) dan turunan (squatting) badan kereta.

Bahagian penyelidikan Mercedes-Benz membangunkan sistem itu pada tahun 90-an.

 

Mercedes-Benz CL 500 215 dan 140
Mercedes-Benz CL 500 215 dan 140

 

Beberapa lagi inovasi teknologi yang dibawa C 215 seperti Program Penstabilan Elektronik (ESP®), Pengawalan Anti Gelinciran (ASR) dan sistem brek anti kunci (ABS).

Ada lagi ciri canggih seperti sistem bantuan pembrekan (BAS) dan PARKTRONIC dan menarik seperti lampu besar bi-xenon dengan sistem pencucian untuk alur tinggi dan rendah.

Sistem pengawasan tekanan tayar elektronik, kawalan suai pandu DISTRONIC dan sistem pengesahan Keyless Go berasaskan cip boleh dipesan pelanggan untuk C 215 mereka.

Satu perkara yang diingati Frank Knothe ialah engsel pintu dengan empat sambungan bagi memudahkan keluar dan masuk. 

Walaupun sekadar engsel, banyak kerja kejuruteraan dilakukan dan penyelesaian yang begitu canggih. Tujuannya bagi mendapatkan jurang yang tekal pada bukaan pintu.

 

Mercedes-Benz CL 500 215 01

 

Dari segi reka bentuk, CL membawa empat lampu besar, badan yang panjang dan garisan bumbung yang jatuh ke bawah secara mendadak. 

Bahagian sisi coupé Mercedes-Benz merupakan sudut menarik untuk dipandang sejak dari dulu.

Badan C 215 72 milimeter (mm) lebih pendek, 55 mm lebih langsing dan 54 mm lebih rendah dengan jarak roda 60 mm lebih singkat berbanding generasi pertama C 140.

Bagaimanapun, dimensi dalaman C 215 berada dalam kelas S-Class.

Badan C 215 dibuat daripada besi kekuatan tinggi, magnesium dan plastik dan 340 kilogram (kg) lebih ringan daripada C 140.

 

Mercedes-Benz CL 500 215 02

 

Satu lagi bab yang sedap berbicara mengenai C 215 ialah enjin yang digunakan seperti berikut:

  • CL 500 dengan enjin 5.0 liter V8, 306 hp, dilancar pada Oktober 1999
  • CL 600 dengan enjin 5.8 liter V12, 367 hp, dilengkapi teknologi nyah aktif silinder automatik, tahun 2000
  • Teknologi nyah aktif silinder turut ditawarkan pada CL 500
  • CL 55 V8 AMG, 5.4 liter, 360 hp, tahun 1999 
  • CL 63 V12 AMG, 6.3 liter, 444 hp, tahun 2001
  • CL 65 V12 AMG, 6.0 liter bi-turbo, 612 hp, 1,000Nm, tahun 2003

Pada masa itu, varian berprestasi C 215 merupakan satu daripada dua kereta paling berkuasa dalam sejarah AMG dan Mercedes-AMG selain S 65 AMG Saloon.

Mercedes-Benz CL 500 215

Sehingga Februari 2006, sebanyak 47,984 CL unit dihasilkan dan episod yang berjaya dalam segmen mewah dan sporti Mercedes-Benz.

Model paling berjaya ialah CL 500 sebanyak 32,224 unit atau lebih dua pertiga daripada jumlah keseluruhan.

Seperti tajuk artikel, C 215 turut menempa nama dalam kejohanan perdana.

Pada musim Formula 1 2000, Mercedes-Benz CL 55 AMG yang diubah suai memulakan tugas sebagai Kereta Keselamatan Rasmi F1 dan buat pelanggan di luar ada yang istimewa.

Mercedes-Benz menawarkan CL 55 AMG F1 Limited Edition dengan jumlah terhad 55 buah dan kereta jalanan pertama dilengkapi cakera brek daripada seramik bertetulang gentian.

Penulis: Muhammad Md Tajudin