30 maut kereta api tergelincir di selatan Pakistan

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: AP News
Sekurang-kurangnya 30 penumpang maut manakala 67 lagi cedera selepas insiden kereta api tergelincir daripada landasan di Pakistan, semalam.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menurut laporan CNN, kereta api Pakistan Railway yang membawa 950 orang penumpang itu berlepas dari Karachi menuju ke Havelian sebelum tergelincir berhampiran bandar Nawabshah, wilayah Sindh.

Operasi menyelamat sedang berjalan di mana penumpang yang cedera telah dipindahkan ke hospital berdekatan.

Menurut Menteri Kereta Api Pakistan, Khawaja Saad Rafique, punca sebenar kejadian akan ditentukan selepas siasatan menyeluruh dijalankan.

Jaringan kereta api Pakistan mempunyai rekod keselamatan yang buruk, di mana sebelum ini beberapa siri kemalangan maut telah berlaku disebabkan infrastruktur dan piawaian keselamatan yang semakin berusia.

Sumber: CNN

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang dalam satu…
Berita Global
Mereka juga mendakwa beg udara gagal berfungsi dan pintu kenderaan tidak terbuka selepas kemalangan…
Berita Global
Malah, ia tetap satu kesalahan jenayah walaupun bahan itu tidak diterbitkan langsung di mana-mana…