4 warna baharu untuk Yamaha Ego Avantiz - harga kekal bermula dari RM5,536

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan keterdapatan empat warna baharu yang menarik untuk dilayangkan pada skuter 125 cc Yamaha Ego Avantiz.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Empat warna tersebut adalah merah, biru, dan cyan yang mana masing-masing menerima kemasan rim berwarna hitam, manakala warna terakhir kelabu diberikan kemasan rim kontras berwarna kuning. 
 


Dari segi spesifikasi, tiada sebarang perubahan dibawakan kepada enjin BlueCore 125 cc sejukan udara SOHC yang menghasilkan 9.4 hp dan 9.6 Nm daya kilas, serta sistem transmisi automatik tali sawat V. 

Harga jualan masih kekal bermula dari RM5,536 dan didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km (yang mana terdahulu).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…