6 cedera, bas ekspres rempuh belakang lori

oleh Hamimah Hamid|
Seramai 26 penumpang bas ekpres berdepan detik cemas apabila kenderaan terbabit merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 257 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, dekat Kuala Kangsar awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul pukul 2.30 itu enam orang mengalami kecederaan ringan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 2.46 pagi.

 

Ujar beliau, berdasarkan maklumat daripada pemandu bas ekpres, bas itu yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke KL Sentral telah terlanggar bahagian belakang sebuah lori.

 

“Terdapat enam orang mangsa telah mengalami kecederaan tetapi tiada mangsa tersepit,” katanya 

 

Menurut Mohamadul Ehsan, bas tersebut dipercayai menghadapi masalah brek dan pemandu dikatakan terpaksa melanggar pembahagi jalan bagi mengelakkan risiko kemalangan lebih teruk.

 

Katanya, anggota bomba memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum menghantar mereka ke hospital dengan jentera EMRS dan ambulan Kementerian Kesihatan (KKM).

 

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Saiful Hanif Mahmad Ayub tamat jam 3.40 pagi.