9 supercar yang telah dilupakan

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Berikut merupakan senarai beberapa jentera “supercar” yang sangat panas ketika zaman kegemilagannya dan kini telah dilupakan. 

 

 

 

1. 9FF GT-9

 

 

 

Supercar ini berasal dari Jerman dan mempunyai rupa seakan-akan Porsche 911. Ia dikuasakan oleh enjin 4.0L flat 6 twin turbo yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 1120 bhp, dengan kelajuan maksimum 413 km/j.

 

Apa yang menarik mengenai jentera ini adalah ia dihasilkan hanya 20 unit di dunia.

 

2. Caparo T1

 

 

Digelar sebagai jentera Formula 1 di atas jalanraya, malangnya ia hanya dihasilkan sebanyak 16 unit daripada 25 unit yang sepatutnya dikeluarkan dalam tempoh setahun.

 

Jentera ini dikuasakan oleh enjin 3.5L V8 yang mampu menghasilkan kuasa 575 bhp dengan kelajuan maksimum 329 km/j. Pecutan 0-100 km/j mampu dicapai dalam hanya 2.5 saat.

 

3. B Engineering Edonis

 

 

B Engineering merupakan syarikat yang telah membina supercar Edonis di Itali. Jentera ini dikuasakan oleh enjin 3.5L hingga 3.8L V12.

 

Walaubagaimanapun, B Engineering telah hilang selepas Volkswagen membeli Bugatti.

 

4. Cizeta Moroder V16 T

 

 

Hanya 20 unit dikeluarkan pada tahun 1995 sebelum operasinya dihentikan. Jentera ini dikuasakan oleh enjin 6.0L V16 yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 540 bhp.

 

5. SSC Ultimate Aero TT

 

 

Satu lagi jentera yang muncul pada pertengahan tahun 2000 dan telah mengalahkan Veyron.

 

Jentera ini dikuasakan oleh enjin 6.3L dengan “twin turbocaj” V8. Kelajuan maksimum yang mampu dicapai adalah 413 km/j dengan kelajuan 0-100 km/j mampu dicapai dalam hanya 2.8 saat. Kuasa yang mampu dihasilkan oleh jentera ini adalah sebanyak 1,287 bhp.

 

6. Saleen S7

 

 

Jentera ini dikuasakan oleh enjin 7.0L “twin turbocaj” V8 yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 750 hp. Pecutan 0-100 km/j mampu dicapai dalam masa 3.2 saat.

 

Jentera ini hanya dikeluarkan dengan jumlah yang terbatas dan ia mempunyai sejarah yang kuat dalam dunia perlumbaan.

 

7. Ascari A10

 

 

Dikuasakan oleh enjin 5.0L BMW V8 yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 625 bhp. Pecutan 0-100 km/j mengambil masa 2.8 saat dengan kelajuan maksimum 352 km/j.

 

8. Gumpert Apollo

 

 

Jentera ini dibina di Jerman oleh Gumpert-Explosion. Ia dikuasakan oleh enjin 4.2L V8 “twin turbo” yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 789 bhp. Pecutan 0-100 km/j pula mampu dicapai dalam masa 3.1 saat.

 

9. LCC Rocket

 

 

Jentera ini hangat pada tahun 1992 dengan rekabentuknya yang unik. Ia datang dengan “single-seater” yang direka oleh Gordon Murray.

 

Jentera ini mampu memecut 0-100 km/j dalam masa lebih kurang empat saat. Paling menarik, bahagian kokpit jentera ini membuatkan pemandunya terasa seperti menaiki sebuah roket!

 

 

Sumber diambil daripada Topgear, https://www.topgear.com/car-news/supercars/top-gears-top-nine-one-hit-wonder-supercars

Berita Berkenaan

Berita Global
Kumpulan terakhir R8 telah dilancarkan dari barisan pemasangan di kilang Audi Böllinger Höfe di…
Berita Global
Operasi yang dilakukan baru-baru ini turut merampas kenderaan yang dimiliki oleh ketua penjenayah,…
Berita Global
Selepas melancarkan model V10 GT RWD pada tahun lepas, tiba giliran Audi Jepun untuk melancarkan R8…