Digelar Tesla Semi (semi ialah nama genre kepala lori treler), di bawah ialah antara ciri-ciri Semi yang dikongsi oleh Elon:
- Jarak: 805 km sekali caj
- Kapasiti bateri: Tiada informasi
- Jenis pacuan: 4 motor elektrik, dua untuk setiap gandar di belakang tempat kabin pemandu
- Kadar muatan: 80,000 pound atau 36,287 kg atau 36.3 tan
- Kadar aerodinamik: 0.36 Cd (terima kasih kepada bentuk ikan dugong itu)
- Kebolehan autonomi: Autopilot untuk lebuhraya dan kebolehan platooning (bergerak sebagai satu kelompok trak-trak Semi)
- Alat caj: Megacharger dengan keupayaan 640 km dengan caj 30 minit
- Tahun pengeluaran: Dalam tahun 2019
Jika itu tidak mengejutkan, prestasi pecutan akan membuatkan anda malu memandu kereta anda.
- 0 - 97 kmsj dalam 5.0 saat (dengan treler kosong)
- 0 - 97 kmsj dengan treler penuh muatan dalam 20.00 saat
Ia juga mampu mendaki cerun 5-peratus dengan kelajuan 105 kmsj (muatan penuh), berbanding dengan lori treler diesel yang hanya mampu pergi 72 kmsj.