Manakan tidaknya, Yamaha didapati masih lagi kekal berdegil dengan penggunaan enjin asal 150 cc untuk model V2 dan bukannya menggunakan enjin 155 cc yang dilengkapi dengan teknologi VVA (Variable Valve Actuation).
Desas-desus berkenaan penggunaan enjin VVA tersebut sudah lama tersebar di alam maya, malah dikatakan Yamaha secara senyap kini membangunkan pengganti Yamaha MX-King dengan penampilan serba baharu dan lebih agresif.
Walaupun rupa baharu tidak lagi diketahui, sebuah studio rekaan dari Indonesia telah menerbitkan gambaran bagaimana generasi baharu Yamaha MX-King/Exciter 155 (atau Y15.5ZR?) sepatutnya dihasilkan oleh Yamaha bagi menandingi aura Honda Winner X itu.
Selain daripada enjin 155 cc VVA, studio Julak Sendie Design banyak mengadaptasikan bentuk aerodinamik superbike R-Series (R1, R6, R15) Yamaha kepada model prototaip MX-King/Exciter 155 ini.
Meniru gaya yang dibawakan oleh Honda Winner X, JSD juga turut memindahkan lampu utama ke bahagian cover hadapan, dengan rekaan menyerupai lampu utama R15, manakala lampu nyalaan siang LED pula dipindahkan ke bahagian kepala.
Sementara itu di bahagian fairing, lampu isyarat juga turut diadaptasi daripada model Aerox 155.
Secara keseluruhannya, apa yang cuba dibawakan oleh JSD sememangnya memberikan rupa bentuk yang sangat menarik, lebih kemas dan lebih sporty kepada model pengganti MX-King/Exciter/Y15ZR itu.
Sumber: Julak Sendie Design