Namun, berdasarkan pengamatan kepada lokasi gudang yang dipamerkan (serta nombor pendaftaran motosikal di balik tabir), besar kemungkinan model Repsol ini sebenarnya bukan berada di Malaysia.
Apatah lagi Honda Winner X ini masih lagi memakai decal Winner X di bahagian badannya, dan bukan Honda RS150R - nama rasmi yang digunakan di Malaysia.
Tidak dapat dipastikan sama ada ia benar-benar model edisi Repsol memandangkan tiada sebarang imej rasmi diterbitkan oleh Honda ketika ini, namun jika benar ia pasti akan dijual pada harga yang sedikit mahal berbanding model standard.
Honda Vietnam Company melancarkan generasi terbaharu kapcai Winner X bulan lalu namun masih kekal dengan nadi 149 cc DOHC sejukan cecair berkuasa 15.4 hp dan daya kilas 13.5 Nm.
Honda Winner X mempunyai rekaan badan yang berlainan berbanding model terdahulu, seperti lampu hadapan LED berkembar, skrin paparan digital dan yang paling utama, sistem brek ABS yang didatangkan sebagai opsyen.
Ini menjadikan Honda Winner X sebagai satu pilihan yang berbaloi dan selamat untuk dijadikan sebagai kenderaan seharian.
Terdapat juga versi non-ABS di mana Honda Winner X turut dipadankan dengan sistem brek gabungan (CBS) yang akan mengaktifkan brek hadapan dan belakang mengikut turutan sekiranya berlaku kecemasan.