Aidiladha: Lebih sejuta kenderaan dijangka guna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak bermula Selasa

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Lebih sejuta kenderaan dari Lembah Klang dijangka keluar menerusi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bermula Selasa untuk pulang ke kampung masing-masing sempena perayaan Aidiladha tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Anih Berhad, Imran Gulcharan Abdullah berkata, pihaknya menjangkakan peningkatan trafik sehingga 70 peratus melibatkan KLK.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, selain itu, kira-kira 430,000 kenderaan dijangka melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dengan anggaran peningkatan sebanyak 60 peratus.

"Cuti perayaan yang bersambung dengan cuti hujung minggu ini merupakan peluang berharga bersama keluarga dalam tempoh lebih lama.

"Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi cadangan jadual perjalanan (TTA) bermula 27, 28 Jun ini dan 1 serta 2 Julai nanti.

"Ini bagi membantu pengguna jalan raya merancang perjalanan berdasarkan maklumat corak aliran trafik semasa musim perayaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, TTA merupakan panduan penting bagi membolehkan pengguna jalan raya merancang perjalanan dengan lebih baik selain mengurangkan kemungkinan kelewatan.

Justeru, mereka dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat terkini, merancang awal dan menikmati pengalaman perjalanan yang lancar serta selamat sampai ke destinasi.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan membuka laluan kontra di lokasi tumpuan yang mengalami kesesakan dan lorong tol tambahan bagi transaksi bayaran secara manual.

"Sebagai usaha mengurangkan kesesakan pada musim perayaan, ANIH Berhad akan menambah bilangan kakitangan sokongan sehingga 20 peratus terdiri daripada petugas di plaza tol, pasukan LPT Ronda dan pasukan pusat kawalan trafik (TCC).

"ANIH Berhad juga akan menempatkan 170 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di kawasan strategik sepanjang lebuh raya bagi memastikan kelancaran trafik," ujarnya.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
"Pengguna diminta berhati-hati dan patuhi had laju serta arahan petugas di lokasi," menurut…
Berita Domestik
Para pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati dan mematuhi tanda arah ketika menghampiri laluan…
Berita Domestik
Menurut Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Dato' Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata, pihaknya sudah…