Pemandu supercar tersebut yang didapati berlumba bersama rakannya di dalam sebuah Mercedes C63 Black Series melebihi had laju jalan berkenaan sebelum sempat berhenti ketika mendapati trafik di hadapan berhenti mendadak.
Namun, malang tidak berbau apabila trak pikap hitam jenis Chevrolet yang berkelajuan 110 km/j tidak sempat untuk berhenti lantas menghentam belakang McLaren 720S itu sebelum melanggar sebuah Toyota di kiri jalan.
Pemandu trak pikap tersebut, Weerapong Thongchom mengaku telah melanggar satu daripada tiga buah McLaren yang terdapat di Thailand, namun bersyukur kerana kerosakan pada kereta tersebut tidak begitu ketara.
"Saya memandu dalam kelajuan 100-120 km/j namun saya tidak dapat mengagak kondisi jalan raya dengan betul ketika kejadian, ia sangat penting kepada para pemandu di luar sana untuk berhati-hati (ketika memandu)," ujar beliau lagi.
Berikut merupakan rakaman detik-detik terakhir sebelum insiden pelanggaran terjadi.