Anamika akan menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh Mike Ponnaz yang kini memegang jawatan Pengarah Urusan Mercedes-Benz Financial Services Hong Kong.
Sebelum ini, Anamika pernah bekerja sebagai Ketua Strategi bagi unit Pembangunan Perniagaan dan Insurans rantau Amerika, serta memegang jawatan sebagai Ketua Unit Jualan dan Pemasaran, serta Transformasi Digital bagi rantau Afrika dan Asia Pasifik.
Sebelum menyertai Mercedes-Benz Services Malaysia, Anamika turut memegang jawatan Pengarah Urusan Mercedes-Benz Financial Services Singapura selama tiga tahun.
Beliau mempunyai ijazah di dalam bidang kejuruteraan dari Indian Institute of Technology Bombay dan MBA dari Carnegie Melon University.