Angka jualan motosikal di Vietnam semakin berkurang

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Selaku negara kedua tertinggi dengan pengguna motosikal, Vietnam kini dilapor menghadapi perubahan besar dalam industri motosikalnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini berdepan peralihan ke arah pasaran "niche" atau lebih khusus berikutan pasaran yang semakin mengecil.

Menurut sumber juga, pengeluar motosikal di Vietnam terpaksa menyesuaikan strategi mereka untuk memenuhi permintaan pengguna mengikut kemajuan semasa.

Perubahan itu didorong oleh beberapa faktor, termasuk penurunan dalam permintaan pasaran dan keperluan untuk inovasi serta pembezaan dalam pasaran.

Menurut laporan Persatuan Pengilang Motosikal Vietnam, jualan motosikal semakin merosot sejak lima tahun lalu bagi jenama utama seperti Honda, Piaggio, Suzuki, SYM dan Yamaha.

Jualan motosikal pada 2019 merekodkan 3.25 juta unit terjual, yang menurun kepada 2.71 juta unit pada 2020 dan terus merosot kepada 2.49 juta unit pada 2021 berikutan impak pandemik Covid-19.

2

 

Walaupun permintaan untuk kereta meningkat, jualan motosikal terus menurun kepada 2.51 juta unit pada 2023.

Seperti di Malaysia, pasaran tempatan di Vietnam mempunyai permintaan tinggi untuk motosikal sebagai mod pengangkutan utama, namun motosikal berenjin pembakaran dalaman kini menghadapi cabaran.

Ia berikutan pelaburan terhad dalam penambahbaikan dan perubahan reka bentuk, yang membawa kepada kekurangan keseronokan dalam kalangan pengguna di sana.

Motosikal kebanyakannya digunakan oleh pekerja dan pelajar berpendapatan sederhana hingga rendah di bandar besar, dengan jualan puncak berlaku diantara akhir Ogos hingga Disember setiap tahun.

Untuk menangani cabaran itu, pengeluar motosikal menggunakan strategi baharu, di mana terdapat tiga trend yang menonjol dalam industri motosikal domestik Vietnam.

Pertama, terdapat peralihan beransur-ansur ke arah kenderaan mesra alam, terutamanya motosikal elektrik, yang digalakkan oleh kerajaan Vietnam.

2

VinFast selaku pengeluar terkemuka jenama Vietnam mendahului dalam menghasilkan motosikal elektrik, bersama-sama jenama lain seperti Yadea, Pega dan Dat Bike.

Jualan motosikal elektrik di Vietnam telah berkembang pada kadar 30-35 peratus dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan Vietnam dijangka mempunyai hampir 75 juta motosikal menjelang akhir 2023, termasuk 2.3 juta motosikal elektrik.

Kedua, pengeluar motosikal menyasarkan untuk menjadikan Vietnam sebagai pusat pembuatan berskala bagi untuk motosikal, dengan tumpuan untuk mengeksport kenderaan lengkap, komponen dan alat ganti.

Honda Vietnam (HVN) telah berjaya mengeksport kenderaan dan alat ganti, dengan Yamaha Motor Vietnam turut mengembangkan aktiviti eksportnya.

Akhir sekali, pengeluar motosikal Vietnam menyasarkan pasaran "niche", yang merangkumi produk motosikal unik, luar biasa dan jarang berlaku.

Barisan model skuter Honda SH telah berjaya dalam segmen pasaran mewah, di mana model skuter import seperti Honda Vario 150 dan Honda Cross Cub 110 telah mendapat populariti di kalangan pelanggan muda.

Peralihan ke arah pasaran "niche" membolehkan pengeluar meminimumkan risiko berkaitan yang kini dihadapi pasaran kereta berenjin pembakaran dalaman dan meneroka peluang baharu di Vietnam.

 

Sumber: Viet Nam News melalui The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…
Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…