Angkara video bogel mekanik rugi RM200,000 diugut

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG mekanik kerugian RM200,000 selepas seorang wanita mengugut untuk menyebarkan video bogelnya dalam kejadian di Kuala Kangsar, Isnin lalu .

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa yang berusia 30 tahun mengenali suspek bernama 'Yaya' melalui laman sosial Facebook.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, suspek sebelum itu meminta mangsa menerima panggilan video dengan alasan ingin menunjukkan sesuatu 'istimewa'. 

 

"Setelah menerima panggilan itu, mangsa melihat suspek berada dalam keadaan bogel dan melakukan aksi ghairah.

 

" Mangsa yang terpengaruh turut sama berbogel dan melakukan aksi tidak senonoh bersama suspek tanpa menyedari perbuatan tersebut dirakam," katanya. 

 

Ujar Mohd Yusri, suspek kemudian mengugut mangsa supaya memberikan wang dan sekiranya enggan video rakaman tersebut akan disebarkan di media sosial. 

 

" Mangsa kemudiannya memindahkan wang sebanyak 38 kali secara perbankan atas talian ke lima akaun berbeza. 

 

"kes ini disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan," katanya.