Apa itu ASA atau Advanced Safety Assist pada Myvi Gen-3

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Careta berani katakan apa yang membuatkan ramai rakyat Malaysia terlopong besar - sistem Advanced Safety Assist (ASA) pada Perodua Myvi generasi ketiga.

Ia juga menaik-taraf tanda aras segmen kompak tersebut, menjadikan Myvi kenderaan paling canggih dari segi peralatan keselamatan pasif.

 

Apa itu ASA?

Apa yang berlaku ialah sepasang kamera (gambar atas) pada cermin hadapan (di atas cermin pandang belakang) membaca objek di hadapan dan mengira kelajuannya.

Sekiranya objek itu berhenti, Myvi 2018 akan berhenti serta merta.

Sistem ini menggunakan sistem Smart Assist yang sudah wujud pada Daihatsu di Jepun - satu kelebihan yang ada pada Perodua kerana ia mendapat teknologi modern pada harga mampu pilik untuk faedah pengguna.

ASA sebenarnya terdiri dari beberapa komponen:

 

1. Pre Collision Warning (PCW) atau Amaran Sebelum Pelanggaran

PCW memberikan amaran bila perlanggaran akan berlaku.
Ini dilakukan dengan membunyikan buzzer dua saat sebelum perlanggaran akan terjadi.
Cuma perlu ingat, sistem PCW beroperasi pada kelajuan antara 4 ke 30 kmsj sahaja, sama seperti sistem-sistem sama seperti ini pada jenama lain.

 

2. Pre Collision Braking (PCB) atau Brek Sebelum Pelanggaran

Jika pemandu masih tidak berbuat apa-apa selepas buzzer berbunyi (panik atau tertidur atau pengsan), PCB akan mengambil alih Myvi 2018 dan menggunakan brek bagi menghentikannya secara automotik, sebelum ia mencium kenderaan di hadapan.

Sebenarnya, PCB ini mempunyai dua peringkat, di mana epringkat pertama ia akan membrek secara perlahan 1.3 saat sebelum perlanggaran dan brek kuat pada 0.8 saat sebelum perlanggaran.

Jika kelajuan kenderaan di bawah 20 kmsj, perlanggaran akan dapat dielakan terus, insya Allah. Jika kelajuan berada di antara 20 -30 kmsj, kadar kerosakan mampu diturunkan.

 

3. Front Departure Alert (FDA) atau Amaran Kenderaan Hadapan Bergerak ke Depan

Semasa menunggu lampu merah atau di dalam kesesakan lalu lintas, ramai akan terus menggunakan masa itu untuk memeriksa henfon. 

Sistem FDA memberikan satu bunyi buzzer Beep bila kereta di hadapan anda mula bergerak. Sebenarnya di Kuala Lumpur, ini tidak begitu perlu kerana kenderaan di belakang akan bunyikan hon bertalu-talu bila lampu isyarat sudah bertukar kepada hijau atau kereta di hadapan sudah mula bergerak.

 

4. Pedal Misoperation Control (PMC) atau Kawalan Tersalah Tekan Pedal

Fungsi ini berguna apabila anda tersalah tekan pedal pendikit bila kereta sedang parkir dan di dalam gear.

Sistem mengesan dinding di hadapan dan bila pemandu tertekan pendikit, sistem ASA akan mematikan kawalan pendikit dan kenderaan tidak akan melompat dan menghentam dinding di hadapan. 
 

 

Perlu ingat kerana sistem ASA ini menggunakan dua kamera stereoskopik dan bukannya sistem radar (jauh lebih mahal).

Oleh kerana itu seperti mata manusia, keupayaan penglihatan yang terhad akan memberi efek kepada prestasi ASA. Contohnya, sewaktu kabus tebal dan hujan terlalu lebat.

Bila ASA tidak berfungsi, akan ada lampu amaran menandakan ia tidak berfungsi. Sistem ini juga akan tertutup secara automatik sekiranya ia beroperasi sebanyak tiga kali.
 

 

Ia bermaksud selepas tiga kali brek kecemasan diaktifkan oleh ASA, pemandu memang dalam keadaan yang tidak sesuai langsung untuk memandu dan enjin kereta perlu dimatikan untuk meng-reset kembali ASA.

Careta juga mahu mengingatkan bahawa sistem ini hanya sebagai bantuan dan kemungkinan besar, pemilik hanya menggunakannya secara tidak sengaja sekali seumur hidupnya.

Sistem ini berguna pada masa kita paling tidak teringat akannya.

Di bawah ialah satu video ringkas akan kelengkapan keselamatan yang ada pada Myvi 2018 ini.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk itu, Volvo meletakan kamera menghala kepada pemandu dan menggunakan algoritma komouter bagi "…
Berita Domestik
Menurut informasi yang diterima oleh Careta, antara teknologi yang mahu diperkenalkan di Malaysia…
Berita Global
Subaru pagi tadi melancarkan teknologi bantuan pemandu EyeSight mereka di Pameran Kenderaan…