Apa salah cuba Kia Sportage GT?

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Kia Sportage bukan satu nama baharu, tetapi telah lama diperkenalkan di dalam negara, sejak dari generasi pertama lagi.

Memang tidak boleh ditolak bahawa Sportage generasi pertama mempunyai pelbagai masalah, dan jenama itu sendiri pada masa itu tidak begitu fasih akan banyak perkara.

Namun begitu, jenama Korea cepat belajar dari kesilapan lama dan ia terus berubah untuk memperbaiki imej dan kualiti produk mereka.

Kerana ini, di kebanyakan negara Eropah, ramai yang memilih jenama Korea kerana ia memberi nilai pulangan yang baik. Tidak ada sesiapa yang akan mengecam jika anda membeli jenama Korea di sana.

 

Sportage 1

 

Dari segi kualiti dan peralatan, Kia Sportage ini boleh dibandingkan dengan jenama-jenama yang popular dan paling penting, Kia menampilkan rekabentuk Eropah yang tidak akan dapat dibeli pada harga yang ditawarkan.

Tidak terlanjur untuk kita katakan jika Sportage ini diletak logo dari Jerman, pasti ramai akan memujinya walaupun realitinya jenama Eropah mempunyai penurunan nilai harga terpakai yang sangat teruk.

Apapun, kami sekali lagi memandu Kia Sportage varian GT dan kami rasakan ia setanding atau lebih baik dari pesaing-pesaing lain.

Dan kepada anda yang jatuh cinta dengan Kia Sportage GT, tidak ada ruginya jika anda membuat keputusan untuk membelinya.

Kami kongsikan sedikit apa yang kami dapat semasa memandu uji Sportage ini selama lima hari.

 

Sportage 2

 

  • Enjin Nu 2.0L dengan Multi Port Injection cukup untuk 157 PS dan tork setinggi 196 Nm lebih dari mencukupi untuk pemanduan santai di sekitar bandar atau dipandu jauh di atas lebuhraya.
  • Transmisi 6-kelajuan automatik dengan paddle shifter ya!
  • Sistem AWD Pacuan 4-Roda memudahkan pemanduan di kawasan berpasir atau meningkatkan keselamatan semasa memandu di waktu hujan. Tetapi ia hanya ada pada version diesel, dengan 400 Nm! Cuma harga RM160k untuk varian GT CRDi diesel itu mungkin membuatkan muka anda sedikit ketat.
Sportage  3

 

  • Lampu hadapan Bi-Projector HID dengan DRL jenis LED dalam bentuk bulat yang sangat menarik.
  • Lampu belakang LED sepenuhnya dengan Light Tube yang nampak sangat cantik!
  • Lampu kabus LED dalam bentuk empat sekelompok memang cun!
  • Sistem Smart Welcome "menghidupkan" lampu dan mengembangkan cermin sisi bila kita hampir dengan kenderaan (ia mengesan kehadiran kunci).
  • Kemasan kabin memang jauh lebih menarik dan menggunakan bahan berkualiti.
Sportage 4

 

  • Skrin LCD TFT 4.2 inci di paparan meter dan juga skrin 5-inci TFT LCD sesentuh untuk sistem audio.
  • Tempat duduk kulit dengan kemasan tinggi yang memang nampak mewah dan selesa.
  • Ruang but besar dan tempat duduk belakang boleh diturunkan untuk ruang but yang lagi besar. 
  • Varian GT datang dengan roda aloi 19-inci yang sporti tetapi waspada, harga tayar mahal ya bila perlu diganti.
Sportage 8

 

  • Sistem gantungan yang mempunyai keseimbangan antara keselesaan dan pemanduan yang baik. Memadai untuk kebanyakan pemandu.
  • Sistem Front Parking Assist menggunakan pengesan untuk membantu sewaktu parkir.
  • Mempunyai tiga mod pemanduan - Normal, Eco dan Sport. Mod Normal sudah mencukupi. Yang lain dirasakan terlalu perlahan atau terlalu menyentap.
Sportage 5

 

  • Enam beg udara dan penggunaan besi Advanced High Strength Steel pada kerangka untuk menjamin keselamatan yang tinggi,
  • Sistem Vehicle Stability Management yang membantu mengurangkan risiko hilang kawalan.
  • Harga Sportage ialah dari RM124,888 (termasuk insurans dan GST) tetapi untuk varian GT, harganya ialah RM144,888.
  • Dan untuk yang masih rasa teknologi Korea ini tidak bagus, Kia memberikan waranti selama LIMA tahun tanpa sebarang had perbatuan.
Sportage 6

 

  • Tak cukup dengan itu, Kia Malaysia menawarkan pakej KIA Value 5 di mana jika anda mahu trade-in Sportage ini dengan Kia baharu, nilai beli balik sebanyak 50 peratus dari harga bahari dijamin pada tahun kelima - ini jauh lebih baik dari nilai kebanyakan kereta Jepun selepas lima tahun!
  • Atau Kia Value 5 Plus di mana anda boleh dapat bayaran bulanan lebih rendah (sehingga 40 peratus lebih rendah) dan pada tahun kelima, anda trade in untuk model terbaharu Kia.
Sportage 7

 

Sebenarnya, tak perlu risau sangat kerana lihat sahaja Kia Forte dan Kia Rio yang mempunyai nilai terpakai yang masih tinggi dan alatganti Kia sudah boleh didapati di pasaran dengan sangat mudah.

Mungkin kita perlu akur bahawa jenama Korea sebenarnya sudah jauh lebih baik. Jadi jangan kecam jika ada yang hendak membeli kenderaan Korea kerana kereta anda sendiri itu belum tentu okay sangat ya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun berdasarkan kajian terbaharu Vehicle Dependability Study 2022 oleh J.D. Power, ia kini…
Berita Global
Nama Hyundai Casper ini bukanlah diambil daripada karakter hantu yang comel itu, sebaliknya ia…
Berita Global
Terdiri daripada dua unit sahaja, pengenalan model convertible edisi khas ini dihasilkan sebagai…