Apollo Tyres Malaysia tawar lima saiz tayar baharu khusus untuk peminat The Red Devils

oleh Afandi Che Muhamad|
Lama menyepi, Tyres Malaysia hari ini kembali ke landasan penawaran menerusi siri pengenalan lima saiz tayar tambahan khusus untuk peminat Manchester United di negara ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kehadiran lima saiz baru itu dilihat memperkukuhkan lagi komitmen jenama berkenaan terhadap penggemarnya di Malaysia.

Antara lima saiz dimaksudkan terdiri daripada 195 55 R15, 205 55 R16, 215 55 R17, 245 45 R18 dan 265 65 R17.

Pengenalan saiz itu melengkapkan rangkaian tayar tawaran Apollo Tyres Malaysia yang sebelum ini hanya tersedia dalam saiz 195 65 R15 sahaja.

 

Pengarah Kumpulan Asia dan Timur Tengah bagi Apollo Tires Ltd., Shubhro Ghosh (kiri sekali) berkata, kelima-lima saiz baru ini dibangunkan berdasarkan kejayaan varian pertama pihaknya yang diperkenalkan hampir tiga tahun lalu.

"USP untuk pilihan tayar ini bertepatan dengan misi Apollo untuk mencapai tahap tertinggi keselamatan melalui reka bentuk yang menggalakkan prestasi dan kawalan sepenuhnya.

"Penawaran saiz-saiz tayar ini membolehkan pemandu merasai gaya pemanduan senyap dan pengendalian yang lebih baik sama ada pada permukaan kering atau basah lengkap dengan aplikasi logo Manchester United di bahagian sisi tayar mereka," kata Ghosh.

Sebagai tambahan kepada pakej pengenalan tayar terbaharu tersebut, Apollo Tyres Malaysia turut menyediakan Jaminan Tanpa Syarat (UCW) selama setahun untuk rangkaian tayar kereta penumpang.

Ciri tersebut merupakan tawaran tambahan ke dalam pakej jaminan pengeluar sedia ada selama lima tahun.

Untuk makluman, UCW setahun itu meliputi pakej perlindungan terhadap hampir semua jenis kerosakan tayar sama ada kerosakan tayar yang tidak disengajakan atau hasil impak perlanggaran.

Ini memberikan pengguna ketenangan fikiran penuh apabila mereka mengeluarkan tayar Apollo baharu.

Tambah Ghosh, pengguna Malaysia yang berminat mendapatkan produk tawaran pihaknya boleh berbuat demikian dengan berkunjung ke cawangan pengedar berdekatan lokasi kediaman masing-masing di seluruh negara.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Untuk itu, pemilihan tayar pastinya menjadi aspek penting untuk memastikan keselesaan dan…
Pelancaran
BFGoodrich g-Force PHENOM T/A juga dirumus bagi menjamin keupayaan pemanduan yang cemerlang bermula…
Berita Domestik
Mulai 6 Januari hingga 15 Februari, anda hanya perlu membeli minimum dua tayar jenama Continental…