Apple beri amaran kamera iPhone boleh rosak disebabkan gegaran daripada motosikal

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat teknologi gergasi dunia Apple memberikan amaran prestasi sistem kamera iPhone boleh terjejas disebabkan oleh gegaran yang dijana oleh enjin motosikal berkuasa tinggi.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Ini kerana, kebanyakan peranti iPhone yang terkini dilengkapi dengan sistem penstabilan imej optikal (OIS) dan pemfokusan gegelung tertutup (AF) yang sensitif terhadap pergerakan kecil, namun tidak kepada gegaran dalam tempoh masa yang lama.

Pendedahan terhadap gegaran kuat yang terhasil daripada bar hendal dan casis boleh mengakibatkan prestasi sistem ini terganggu, sekaligus menyebabkan kualiti gambar serta video yang dihasilkan terjejas.

Disebabkan itu juga Apple tidak menggalakkan pengguna untuk memasang iPhone secara terus kepada motosikal berkuasa tinggi (dan juga model yang menghasilkan bunyi yang kuat).

Manakala untuk kenderaan elektrik dan juga model dengan enjin kapasiti kecil, pengguna digalakkan untuk menggunakan sistem cagak penyerap gegaran bagi mengurangkan risiko kerosakan terhadap sistem OIS dan AF pada iPhone.

Sumber: Apple

Berita Berkenaan

Informasi
  "Sebagai menjawab laporan berita pada 31 Jan (hari ini) yang menyatakan bunyi dentuman kuat…