Arkana - generasi SUV baharu dari Renault

oleh HEZERI SAMSURI|
Renault, syarikat kenderaan Perancis berkata ia akan mengubah konsep SUV dengan model Arkana ini.

Rekabentuk Arkana dikatakan akan berbeza dari SUV lain di dalam pasaran dan ia akan dilancarkan semasa pameran otomotif di Moscow hujung bulan ini.

Arkana akan dibina diatas platform yang sama dengan Renault Kaptur (Captur untuk pasaran dunia lain) dan Dacia Duster serta Nissan Terrano.

Renault berkata Arkana datang dari perkataan Latin "arcanum" yang bermaksud rahsia atau misteri.

Ia tiada kaitan dengan Datsun Buah Kana, namun beigtu, jika anda mencari kenderaan dengan rekabentuk, pengendalian dan ciri-ciri Eropah tetapi teknologi enjin dan transmisi Jepun agar tahan lasak, Renault ialah jawapannya kerana ada modelnya yang menggunakan enjin dan transmisi dari Nissan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Enjin itu akan dipasang pada model baharu Dacia Duster. Kilang Horse Valladolid di Sepanyol akan…
Berita Global
Antara rangkaian kuasa yang difokuskan adalah hibrid, petrol dan diesel dalam misi untuk…
Berita Global
  Dari segi susunan, Rafale diletakkan di atas Arkana. Terbaru Renault menawarkan Rafale versi …