Asal-usul "ute" ialah untuk membawa khinzir

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ingat Proton Arena?

Ia adalah kenderaan yang menggunakan gabungan platform kereta dengan trak pikap di belakang.

Konsep Arena wujud untuk mereka yang mahukan prestasi dan keselesaan sebuah kenderaan, tetapi dengan praktikaliti sebuah trak pikap.

Ia sangat popular di Australia dahulu dan di sana, kenderaan genre ini dipanggil sebagai "ute" (yut), dari perkataan "utility".

Sebenarnya, genre asal ini dipanggil 'coupe-utility", yang bermaksud perkakasan dua pintu dan Arena direka khusus untuk pasaran Australia di mana ia dikenali sebagai Jumbuck (yang bermaksud kambing biri-biri dalam slanga Australia).

 

 

Sejarah ute bermula 85 tahun lalu di Australia bila seorang suri-rumah menulis sepucuk surat kepada syarikat kenderaan Ford.

Pada pertengahan tahun 1933, isteri kepada seorang peladang di Gippsland, Victoria, Australia menulis kepada Ford menegnai sebuah kenderaan yang diidamkannya.

Beliau menerangkan bahawa keluarganya tidak mampu untuk membeli sebuah kereta dan sebuah trak.

"Kami pergi ke gereja setiap hari Ahad dan pada hari Isnin, kami ke pasar untuk membawa khinzir-khinzir ternakan yang akan dijual. Adakah anda boleh membantu kami dengan kenderaan yang sesuai?"

Pengarah Urusan Ford Australia ketika itu, Hubert French telah menerima dan membaca surat itu dan beliau menyerahkannya kepada seorang pereka-bentuk muda Ford Australia, Lewis Brandt yang berusia 23 tahun

 

 

Ford Coupe Utility dilahirkan pada tahun 1934 dan apa yang membezakan ia dari trak pikap ialah bahagian sisinya bersambung dari hadapan sehingga ke bamper belakang (trak pikap mempunyai dua bahagian berasingan).

Bentuk itu menjadi sangat popular di Australia dan dianggap sebagai ikon automotif bagi negara kanggaroo itu.

Sayangnya bentuk ute kini ditinggalkan dan diganti dengan trak pikap konvensional, tetapi mempunyai keselesaan bertahap kereta sedan. 

 

 

Contoh terbaik ialah Ford Ranger yang dibangunkan di Australia. Ia mempunyai kabin dalam yang tersenyap di dalam kelasnya dan keselesaan penumpang bukan hanya untuk yang duduk di hadapan, tetapi untuk penumpang belakang juga.

Sistem audio Ranger juga lebih ke arah sebuah kereta, dan ini terbukti kerana sistem itu diambil dari Ford Fiesta dan Ford Focus.

Dan Ford juga peneraju dalam segmen trak mewah, bermula dari varian Wildtrak yang mempunyai spesifikasi Eropah untuk kabinnya, dan Ford Ranger Raptor yang baru dipertontonkan di dunia di Bangkok minggu lalu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…