AUTO BAVARIA, HERTZ MALAYSIA LANJUTKAN PROMOSI SEWA BMW iX

oleh Firdaus Razani|
Sime Darby Auto Bavaria (SDAB) dan Sime Darby Rent-A-Car (SDRAC)-Hertz Malaysia meneruskan lagi kerjasama bagi promosi sewa kenderaan BMW iX elektrik pada kadar istimewa sepanjang tempoh Hari Raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Promosi tersebut adalah sebagai tindak balas positif kepada permintaan kukuh semasa perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Lanjutan promosi ini akan berlangsung sehingga 31 Mei bagi memastikan para pelanggan dapat terus mengalami BMW iX berprestasi tinggi sepanjang musim perayaan.

bmw

Tawaran masa terhad ini memberikan peluang unggul untuk pelanggan menikmati kemewahan BMW iX, dengan harga sewaan bermula dari RM550 sehari dan RM5,500 sebulan.

bmw

Para pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan dan mendapatkan maklumat lanjut di https://www.hertzmalaysia.com/en/ atau kunjungi cawangan Hertz Malaysia di Lembah Klang, Pulau Pinang atau Johor Bahru.