Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VW) akan mengadakan pesta jualan AutoFiesta pada 7 dan 8 Oktober ini di semua pengedar VW di Malaysia.
Tawaran dengan faedah serendah 0.28 peratus itu diberikan untuk belian model-model di bawah:
- VW Vento 1.6L
- VW Jetta Comfortline
- Kesemua varian VW Passat
Selain dari faedah rendah itu, VW turut memberikan pakej seervis percuma selama 5 tahun.
Autofiesta yang berlangsung selama dua hari itu turut menyediakan aktiviti untuk anak-anak, disamping sesi pandu uji lengkap dengan hadiah.
Dewan pameran VW juga akan dibuka sehingga jam 8.00 pm untuk memudahkan lagi pengunjung datang semasa dua hari tersebut.