Bajaj bakal beli Ducati

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam satu pertemuan baru-baru ini dengan pemegang saham, Pengarah Urusan, Bajaj Auto, Rajiv Bajaj telah mendedahkan bahawa mereka sudah hampir untuk menjalinkan satu kerjasama baharu. Sebaik sahaja Bajaj mendedahkan bahawa mereka hampir menjalinkan kerjasama ini, spekulasi pasaran menjangkakan ianya adalah Ducati.

Walaubagaimanapun, Bajaj bakal membuat pengumuman mengenai kerjasama ini dalam masa seminggu atau dua minggu lagi.

Bajaj yang mempunyai lebih daripada 48 peratus kepentingan dalam KTM telah dilaporkan membeli Ducati dari kumpulan Volkswagen ketika ini.

Pada mesyuarat agung tahunan yang kesepuluh, Bajaj berkata “Kami sudah hampir untuk memuktamadkan satu pakatan. Dalam tempoh satu atau dua minggu lagi, saya akan membuat pengumuman mengenai hal ini. Sekiranya perkara ini benar-benar terjadi, ini bakal membuka peluang besar kerana ia merupakan jenama dengan format produk yang lebih sesuai.

Jualan Ducati untuk tahun lepas, berjumlah 55,000 unit. Tetapi jika Bajaj mengambil Ducati di bawah payung mereka, terdapat kemungkinan besar yakan Ducati bakal melancarkan motosikal dalam segmen 125cc, 200cc, 250cc dan 390cc.

Jika benar kerjasama ini terjadi, pastinya ia bakal memberi ransangan yang besar kepada angka jualan Ducati.

 

Gambar utama dan sumber diambil dari https://www.rushlane.com/bajaj-buying-ducati-12247436.html

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari segi rekaan, Dominar 250 banyak membawakan persamaan rupa luaran yang dibawakan secara terus…