Banduan di US buat nombor plet kenderaan

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pasti anda perasan akan nombor plet kenderaan di Amerika Syarikat (US) yang seragam.

Plet nombor yang dibuat dari bahan aluminium itu bukan dihasilkan oleh sebuah syarikat persendirian tetapi dihasilkan oleh Jabatan Penjara US dan pekerja-pekerjanya adalah banduan-banduan.

Di US, kilang-kilang membuat nombor plet itu dibina di dalam kawasan penjara dan banduan-banduan itu diberikan gaji sebanyak US 58 sen sejam, jauh lebih murah dari gaji pekerja biasa di pasaran luar tetapi untuk banduan, ia tetap labih baik dari duduk melangu sahaja.

Menurut Jabatan Penjara US, ia adalah cara terbaik untuk menampung sebahagian kos penjara. 

Setiap pemandu membayar USD 50  untuk setiap plet kenderaan mereka.

 

Plet by banduans

 

Cara itu juga menjamin banduan diberikan kemahiran bertukang asas dan paling penting, duit poket apabila mereka tamat tempoh dipenjarakan.

Di Malaysia, isu plet rasmi sudah lama dibincangkan.

Malaysia ialah satu-satunya negara di mana pemilik kenderaan marah disaman kerana menggunakan plet yang tidak mengikut piawaian. 

Negara-negara lain termasuk Indonesia dan Thailand sudah lama menggunakan plet rasmi yang dihasilkan oleh kerajaan.

Info yang Careta dapat dari sumber dalaman berkata kerajaan Malaysia runsing kontrak yang diberikan untuk menghasilkan plet nombor itu akan digunakan untuk tujuan berpolitik.

Ada juga pemimpin politik yang berkata nasib kedai-kedai membuat nombor plet perlu dijaga. Agaknya, berapa ribu kedai yang membuat nombor plet sahaja ya? 

 

plet by the banduans

 

Dengan ini Careta sarankan, pihak Menteri yang terbabit agar bangkit dari tidur dan gunakan cara yang dilakukan oleh US.

Ia bukanlah satu isu yang baharu. Jika ada negara lain yang sudah melakukannya dan tiada masalah, Malaysia boleh mengikut proses yang sama.

Menghairankan kerana isu nombor plet yang remeh ini mengambil masa yang sangat lama untuk diselesaikan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pengarah JPJ Kedah, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, bidaan tertinggi adalah KFC 7 sebanyak…
Berita Domestik
Menurut Pengarah JPJ Pahang, Mohammad Abdullah, bidaan tertinggi ialah untuk nombor CEE 7 dan CEE 9…
Berita Domestik
Walaubagaimanapun, orang awam atau syarikat yang tidak pernah mempunyai rekod di sistem Mysikap…