Boleh didapati di seluruh negara, bantuan tersebut merangkumi pemeriksaan percuma, diskaun sehingga 50 peratus ke atas alat ganti terpilih, diskaun 20 peratus kos buruh, serta rebat kos tunda kenderaan sehingga RM500, tertakluk kepada terma dan syarat.
Sekiranya perlu, pasukan juruteknik HINO akan turun padang sendiri untuk memberikan khidmat kepada pelanggan yang memerlukan.
Tawaran ini sah bermula 21 Disember 2021 sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pusat servis sah HINO yang berdekatan atau dengan menghubungi 03-7957 5199.
Menurut Atsushi Uchiyama, Pengarah Urusan HMSM berkata, "Trak dan bas merupakan infrastruktur penting bagi membawa barangan dan orang ramai, oleh sebab itu kami melihat operasi pelanggan kami bukan sahaja penting buat kami, malah untuk masyarakat juga.
"Pihak HMSM akan memberikan sokongan yang terbaik menerusi cara yang lebih berkesan dan dipercayai. Ia juga merupakan komitmen kami dalam membantu meringankan beban para pelanggan ketika bencana melanda, dengan mendengar dan memahami keperluan mereka, selain memberikan respon dengan segera," ujarnya lagi.