Bas terjunam ke dalam gaung ketika pemandu panaskan enjin, seorang maut

oleh Mohamad Hanif|
Tindakan cuai seorang pemandu meninggalkan tempat duduk semasa memanaskan enjin menjadi punca insiden bas terjunam ke dalam gaung.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Insiden yang berlaku di Guci, Slawi, Jawa Tengah itu dilapor meragut satu nyawa, sementara puluhan penumpang yang lain cedera.

Video rakaman detik-detik bas bergerak sendiri itu juga turut tular di media sosial.

Menurut laporan Liputan6, penumpang bas tersebut terdiri daripada rombongan pelawat yang berasal dai Tangerang Selatan, Banten, Indonesia.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


Difahamkan, pemandu bas tersebut mula memanaskan enjin kenderaan itu di kawasan parkir yang disediakan.

Pemandu tersebut kemudian meninggalkan bas dalam keadaan enjin yang masih dihidupkan sebelum bas tersebut tiba-tiba bergerak dan terjunam ke dalam gaung.

Sumber: Liputan6

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata mangsa pertama seorang wanita…