Taylor akan diberi tanggungjawab untuk merekabentuk jenama mewah FAW, Hongqi.
Beliau juga akan membantu menghasilkan sistem pembangunan rekabentul dan juga penyerapkan ciri-ciri rekabentuk global ke dalam produk-produk Hongqi, termasuk kenderaan swapandu (autonomous vehicles).
Taylor akan bertugar di pejabat FAW di Jerman.
Sebelum bekerja dengan Rolls-Royce Motors pada tahun 2011, beliau ialah ketua rekabentuk untuk Jaguar.
FAW mempunyai hubungan perniagaan dengan Volkswagen dan Toyota di China.
Jenama mewahnya, Hongqi pula bermaksud Bendera Merah dan ia digunakan sebagai limosin rasmi agensi kerajaan (seperti Proton Perdana) sejak tahun 1958.
Kini Hongqi ditawarkan kepada rakyat biasa tetapi ia tidak begitu berjaya. Dalam tahun 2017, pengerusi FAW, Xu Liuping bertekad untuk meningkatkan jualan Hongqi dan beliau mengumumkan lapan model baharu untuk dilancarkan menjelang tahun 2020.
Nasihat Careta, mungkin nama Hongqi itu hanya akan membataskan jualan mereka di dalam China sahaja.