Dinamakan sebagai QJ1200-3, ia difahamkan masih lagi memakai lencana Qianjiang selaku pemilik jenama Benelli dari China.
Motosikal Grand Touring QJ1200-3 ini bakal memiliki nadi tiga silinder sebaris 1,209 cc yang mampu menjana 134 kuasa kuda dan mampu memenuhi piawaian pelepasan emisi Euro4.
Namun untuk pasaran Eropah, sudah pasti Benelli akan melengkapkannya dengan spesifikasi yang lebih tinggi Euro5.
Menurut beberapa laporan media antarabangsa, enjin asal ini merupakan sebuah unit bersesaran 1,130 cc yang diperoleh daripada Benneli TreK dan Tornado.
Beberapa dokumen turut mengesahkan bahawa Grand Touring ini bakal memiliki berat 300 kg dengan kelajuan tertinggi 220 kilometer sejam!
Jentera baharu Benelli ini disasarkan penjualannnya menjelang tahun 2021 di pasaran China dan beberapa pasaran global.
Sumber: Autocar