Berang pasangan kekasih bertengkar, lelaki nekad langgar kereta

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video viral
Berang dengan perbuatan sepasang kekasih yang membuat bising dan bertengkar dalam rumah, mendorong seorang lelaki bertindak luar kawalan dengan melanggar kenderaan pasangan itu dekat Brickfields di Kuala Lumpur.

Rakaman menunjukkan kejadian itu tular menerusi media sosial pada Khamis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata polis menerima laporan kejadian daripada seorang lelaki berusia 40 tahun pada 22 April lalu.

Beliau berkata, dalam kejadian berlaku jam 2.15 petang, pengadu dan teman wanitanya bertengkar di dalam rumah dan menyebabkan bunyi bising.

"Suspek lelaki berusia 35 tahun yang juga rakan kepada penyewa lain dalam rumah berkenaan berasa berang dengan pertengkaran pasangan itu.

"Selisih faham itu tidak terhenti di dalam rumah sebaliknya menyebabkan berlakunya kejadian khianat kenderaan apabila suspek yang memandu didapati dengan sengaja melanggar kenderaan pengadu yang keluar dari parkir.

"Kenderaan pengadu mengalami kerosakan teruk namun pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Bertindak atas laporan, Ku Mashariman berkata, sepasukan polis yang menjalankan siasatan menahan suspek di daerah ini pada jam 6.15 petang kelmarin.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau dari 2014 dan masih dikehendaki bersabit kes jenayah di daerah Cheras.

Katanya, suspek direman tiga hari bermula Rabu sehingga hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan tuduh.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  Kedua-dua kenderaan tersebut  yang berhenti di lampu trafik kemudian mula bertengkar dan di…