BMW Connected Ride - motosikal R1200GS dengan ciri swatunggang tanpa penunggang

oleh Mohamad Hanif|
Sekiranya anda peminat siri hero Kamen Rider dari Jepun, ciri motosikal tunggang sendiri atau swatunggang ini sudah lama diperlihatkan di dalam siri tersebut bagi membantu watak utama membanteras penjenayah dan watak jahat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini Yamaha pernah memperlihatkan Motobot, prototaip robot yang mampu menunggang sebuah R1, dan motosikal Honda dengan ciri Riding Assist yang mampu menyeimbangkan badan motosikal sendiri dengan bantuan gyroskop dan fork hadapan tetapan automatik. 

BMW Motorrad pula kini selangkah mengikut jejak langkah kedua-dua pengeluar dari Jepun itu apabila mereka memperkenalkan motosikal yang mampu menunggang dengan sendirinya tanpa bantuan daripada manusia, menerusi model R1200GS. 

 


Menurut Stefan Hans, jurutera keselamatan di Motorrad berkata, sistem swatunggang ini direka untuk memberikan kefahaman berkenaan tabiat tunggangan kepada sistem komputer, seterusnya meningkatkan tahap keselamatan ketika berada di jalan raya. 

Dengan input yang mencukupi, sistem swatunggang ConnectedRide ini mampu menjangka situasi yang bakal berlaku, memberikan amaran atau mengambil alih kawalan daripada penunggang di dalam sekelip mata. 

Sistem komputer yang mengawal pergerakan motosikal diletakkan pada kotak pannier pada belakang dan kedua-dua kotak sisi motosikal. 

 


Jika dibandingkan dengan pengangkutan empat roda, sistem bantuan tunggangan pada motosikal boleh dikatakan agak ketinggalan di belakang.

Namun berdasarkan perkembangan yang ditunjukkan oleh BMW menerusi R1200GS ini, tidak mustahil ciri seperti sistem kawalan kelajuan adaptif atau kawalan pengekalan laluan bakal menjadi ciri standard pada motosikal suatu hari nanti. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…