BMW, Gentari pasang 13 pengecas EV di The Exchange TRX

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Berita Harian
BMW Group Malaysia dengan kerjasama Gentari Sdn Bhd (Gentari) melalui anak syarikat, Gentari Green Mobility Sdn Bhd membawakan kemudahan pengecas kenderaan elektrik (EV) baharu di pusat beli- belah The Exchange TRX.

Pelancaran kemudahan terbaharu ini menandakan satu lagi langkah penting dalam misi pengeluar kenderaaan premium ini ke arah mengukuhkan ekosistem EV Malaysia.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Ditempatkan dengan strategik di parkir aras bawah tanah The Exchange TRX, kemudahan pengecas EV baharu ini mempunyai gabungan 13 unit pengecas arus ulang alik (AC) 22 kilowatt sejam (kWh), menawarkan pemilik EV kemudahan yang pantas dan cekap untuk mengecas kenderaan mereka semasa berkunjung ke pusat beli-belah mewah itu.

Lima unit pengecasan ditempatkan di aras Premium Parking, dengan baki lapan unit di Aras B1.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel, berkata pertumbuhan berkaitan penerimaan mobiliti elektrik di Malaysia, terutamanya di kawasan paling ramai penduduk di negara ini telah meningkat, justeru penting untuk memastikan infrastruktur pengecas EV yang lengkap disediakan bagi menampung penerimaan ini.

"Melalui kerjasama dengan Gentari, kami berbesar hati dapat mengukuhkan lagi dedikasi untuk menggalakkan memajuan ini dengan mewujudkan lebih banyak teknologi pengecas yang canggih di lokasi strategik sekitar bandar untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari dan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari Green Mobility, Shah Yang Razalli, pula berkata: "Kami teruja dapat memperluas lagi kerjasama berterusan dengan BMW Malaysia dalam menyokong usaha peralihan tenaga Malaysia.

"Usaha ini menegaskan komitmen kami untuk menyokong pertumbuhan mobiliti hijau dan peralihan Malaysia

tenaga di Malaysia, dengan meningkatkan kebolehcapaian terhadap pilihan pengangkutan rendah karbon di negara ini."

Sehingga kini, BMW Group Malaysia menyediakan lebih 2,020 kemudahan pengecas untuk pelanggan melalui kerjasama strategik dengan pelbagai pembekal pengecas EV di Malaysia.

Melalui kerjasama dengan pemain industri yang berpengaruh, BMW Group Malaysia memperlihatkan komitmen terhadap misinya untuk membentuk masa hadapan mobiliti di negara ini.

Selain itu, lebih 100 kemudahan pengecas BMW i dan MINI turut disediakan di kebanyakan pengedar sah serta rakan lokasi di seluruh negara, dengan lebih banyak lagi akan datang sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan infrastruktur strategik yang dirancang untuk tahun depan.

Sementara itu, sebagai pengendali titik pengecas terkemuka di Malaysia, Gentari telah diiktiraf sebagai Operator Titik Pengecas Terbaik pada anugerah Car of the Year (COTY) 2023.

Syarikat mengendalikan rangkaian pengecas arus terus (DC) terbesar di Malaysia, dengan lebih 100 pengecas pantas DC daripada sejumlah lebih daripada 335 titik pengecas EV awam dan persendirian.

Stesen pengecas di The Exchange TRX boleh diakses oleh pemilik kenderaan elektrik dari 10 pagi sehingga 10 malam pada setiap hari, dengan kadar pengecasan 25 sen seminit.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
BMW R1300 GS Model R1300 GS yang sudah seminggu dipertontonkan hadir dengan harga bermula dari…
Pelancaran
Menggunakan enjin B48 4-silinder dengan bantuan sistem hibrid ringkas 48V, ia memberikan tenaga…
Berita Global
Antara model yang terlibat panggilan semula ini adalah 2 Series Active Tourer, X1, X3, X4, X5, X6…