BMW iX dan i Charging kini di Sarawak!

oleh HEZERI SAMSURI|
BMW Group Malaysia dan Regas Group telah membuka lembaran baharu untuk pasaran kenderaan elektrik (EV) di Sarawak dengan pelancaran model iX EV dan fasiliti BMW i Charging di Kuching.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Terletak di dewan pameran Regas Premium Auto, ia adalah satu-satunya pusat jualan BMW di Sarawak yang mampu menjual produk EV untuk jenama itu. 

Stesen caj di Regas Premium Auto itu juga adalah salah satu dari dua fasiliti DC Fast Charging di negeri tersebut. 

BMW iX adalah model EV terkini jenama Jerman itu dan pastinya ia adalah satu kenderaan yang super mewah dan paling premium dibandingkan dengan SUV mewah lain di dalam pasaran. Jika anda mahukan satu kelainan, iX memang calon yang paling sesuai.

Jualan EV masih la mensasarkan pasaran premium, sama seperti yang sedang berlaku di kebanyakan negara di seluruh dunia.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
BMW R1300 GS Model R1300 GS yang sudah seminggu dipertontonkan hadir dengan harga bermula dari…
Pelancaran
Menggunakan enjin B48 4-silinder dengan bantuan sistem hibrid ringkas 48V, ia memberikan tenaga…
Berita Global
Antara model yang terlibat panggilan semula ini adalah 2 Series Active Tourer, X1, X3, X4, X5, X6…