BMW Malaysia lancar inisiatif guna semula plastik bersama Precious Plastic

oleh Mohamad Hanif|
Dengan azam untuk mengurangkan kadar emisi karbon daripada kilang produksi dan fasiliti sebanyak 80 peratus menjelang 2030, BMW Group Malaysia baru-baru ini melancarkan inisiatif guna semula plastik dengan kerjasama Precious Plastic Machines.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Inisiatif terbaharu ini bertujuan untuk mengurangkan pencemaran plastik, selain memberikan 'peluang baharu' kepada sisa-sisa plastik yang terbuang saban hari daripada terus mencemarkan alam sekitar.

Organisasi Precious Plastic Malaysia merupakan satu badan yang memfokuskan kepada penukaran dan penggunaan semula sisa plastik kepada barangan kegunaan seharian bagi membanteras pencemaran alam sekitar.

Dengan menukarkan sisa plastik kepada serpihan, bahan ini boleh dileburkan dan dibentuk menjadi sesuatu yang baharu, sekaligus mencipta barangan berharga daripada sisa buangan.

Terdapat banyak jenis plastik yang digunakan seharian, termasuklah Polyethylene Terephthalate (PET), High-Density Polyethylene (HDPE) dan Polypropylene (PP) yang kerap dijumpai.

Plastik berlabel 2 (HDPE) dan 5 (PP) merupakan plastik yang kerap digunakan dan dikitar semula di Malaysia, diikuti plastik 1 (PET).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini bermakna, sudah hampir 30 tahun Toyota Prius bertapak di atas muka bumi sebagai satu alternatif…
Berita Global
Untuk itu, mereka bekerjasama dengan wakil-wakil daripada industri berkaitan untuk membangunkan…
Gaya Hidup
Kasut mampan Asics Gel-Sonoma 15-50 itu merupakan varian rentas desa daripada rangkaian kasut…