BMW Oil Inclusive Programme kini ditawarkan dengan Pelan Bayaran Ansuran Maybank

oleh SALINA JALIL|
BMW Oil Inclusive Programme, satu lagi program yang pertama seumpamanya dalam industry dibawa oleh BMW Group Malaysia kini ditawarkan ke atas semua kenderaan BMW menerusi pelan Pembiayaan Ansuran Maybank. Para pemegang kad Maybank kini boleh menikmati tempoh pembayaran ansuran selama 6 hingga 12 bulan melalui cara Ezypay dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM500.00. Pelan bayaran ansuran bulanan ini boleh digunakan untuk semua transaksi selepas jualan termasuklah servis kenderaan, lanjutan jaminan dan pakej servis, pembaikan, badan dan cat, alat ganti dan aksesori serta barangan gaya hidup.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengulas tentang perkhidmatan nilai tambah tersebut, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Kami di BMW Group Malaysia sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan keseronokan pengalaman memiliki sebuah BMW dengan menawarkan pelbagai inisiatif berkualiti. Melalui tawaran baharu ini, matlamat kami adalah untuk mengukuhkan komitmen kami iaitu supaya pelanggan menikmati kereta mereka dan pengalaman pemilikan yang menenangkan minda, biarpun selepas tempoh servis asal tamat.”

 

Ketua Selepas Jualan BMW Malaysia, Stefan Sloboda berkata, “Pelan dengan Maybank akan membolehkan lebih ramai pelanggan BMW menikmati kebebasan dan pengalaman pemilikan premium kenderaan BMW masing-masing.”

 

 

BMW Oil Inclusive Programme membolehkan pemilik BMW melanjutkan servis kenderaan mereka dalam tempoh tahun atau perbatuan tertentu pada harga yang kompetitif bersama pilihan 5 Tahun / 60,000km atau 5 Tahun / 100,000km.

  1. contoh, sebuah BMW 1 Series yang didaftarkan pada tahun 2013 yang kini sudah tamat program servis dan jaminan dengan perbatuan sekarang ialah 70,000km. Dengan mendapatkan BMW Oil Inclusive Programme 5 Tahun / 100,000km, ia akan membolehkan pemilik terus menikmati program Servis Berjadual Percuma untuk BMW 1 Series tersebut sehingga tahun 2023 atau 170,000km, mana-mana tiba dahulu.

Jadual di bawah menunjukkan anggaran kos bagi setiap servis mengikut model*. Ia dikira berdasarkan kepada purata selang servis sejauh 10,000km, mungkin berbeza mengikut tarikh pengeluaran kenderaan dan corak pemanduan pemiliknya.

 

Masa / Perbatuan (tahun - km)

5 tahun / 60,000 km

5 tahun / 100,000 km

BMW 1 & BMW 2 Series

RM 494

RM 342

BMW M2

RM 812

RM 548

BMW 3 & BMW 4 Series

RM 519

RM 362

BMW M3 & BMW M4

RM 812

RM 548

BMW 5 Series

RM 544

RM 377

BMW M5

RM 1097

RM 744

BMW 6 & BMW 7 Series

RM 645

RM 447

BMW M6

RM 1097

RM 744

BMW X1

RM 503

RM 347

BMW X3 & BMW X4

RM 519

RM 362

BMW X5 & BMW X6

RM 595

RM 412

BMW X5M & BMW X6M

RM 1080

RM 734

BMW Z4

RM 511

RM 352

BMW I8

RM 503

RM 347

 

Dengan BMW Oil Inclusive Programme, pemilik boleh menikmati harga tetap untuk 5 tahun akan datang dan ketenangan minda kerana kenderaan mereka akan diselenggara oleh Juruteknik Bertauliah BMW dengan pengetahuan, teknologi serta peralatan terkini.

 

Harap maklum bahawa BMW Oil Inclusive Programme merangkumi Minyak Tulen BMW (Sintetik Penuh), Penapis Minyak BMW dan kos buruh. Ditawarkan ke atas kenderaan BMW yang tidak lagi mempunyai pakej BMW yang aktif, atau Jaminan dan Pakej Servis BMW sudah tamat, selang servis kenderaan ini merupakan Servis Berdasarkan Kepada Kondisi dengan purata selang servis 10,000km. Ia bagaimanapun mungkin berbeza mengikut tarikh pengilangan kenderaan dan corak pemanduan pemiliknya.

 

Untuk maklumat lanjut dan ingin membeli BMW Oil Inclusive Programme baharu, sila kunjungi mana-mana pengedar sah BMW kegemaran anda hari ini.

 

* Harga yang dinyatakan adalah harga runcit termasuk 6% GST.

* Harga yang dinyatakan adalah sah ketika berita ini diterbitkan.

* BMW Malaysia berhak untuk menukar harga tersebut tanpa perlu memberi sebarang notis lebih awal.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…