BMW panggil 3 Series atas risiko kebakaran disebabkan kipas pemanas

oleh Mohamad Hanif|
BMW UK kini memanggil semula unit 3 Series sedan melibatkan sejumlah 294,000 buah kenderaan di UK disebabkan kemungkinan berlakunya kebakaran akibat kesilapan pendawaian yang menghubungkan kipas pemanas dan bateri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kesemua unit yang terlibat merupakan BMW 3 Series yang dibina bermula dari Disember 2004 sehingga Julai 2011.
 

Menurut jurucakap BMW memberitahu, "kami sedang mengambil peluang ini untuk memanggil semula pemilik BMW 3 Series bagi memeriksa dan menggantikan sistem pendawaian kenderaan mereka bagi mngurangkan risiko dan kemalangan kepada pelanggan."

Sebanyak 206 ribu kereta BMW 3 Series ini telah diperiksa pada mulanya akibat kipas pemanas yang tidak berfungsi, sebelum pihak BMW memanggil baki 88,000 lagi unit kenderaan yang disyaki terkesan akibat yang sama. 

Sebelum ini, pihak BMW di Amerika memanggil balik sejumlah 670,000 unit kereta berikutan risiko kebakaran yang disebabkan situasi yang sama, walaupun pada mulanya ia disyaki disebabkan cuaca yang panas. 
 


Proses panggil balik ini merupakan insiden terbaharu selepas panggil balik yang dilakukan pada bulan lepas melibatkan 312,000 unit BMW 1 Series, 3 Series, Z4 dan X1 akibat sistem pendawaian di antara bateri dan kotak fius yang disyaki lusuh dengan cepat menyebabkan kereta berhenti dengan sendiri tanpa amaran. 

Sumber: AutoExpress UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…