BMW Shorties: Filem pendek "Safety Starts with You" ajar pengguna keselamatan jalan raya

oleh Muhamad Hanif|
BMW Group Malaysia memperkenalkan siri video "Safety Starts with You" sebagai satu cara memperingatkan pengguna jalan raya supaya menjaga keselamatan ketika musim cuti sekolah.
Promosi Duit Raya

Siri video yang diarahkan oleh Mallory Lee, Finalis BMW Shorties itu merupakan sebahagian daripada Program BMW Safety 360 yang dianjurkan oleh BMW saban tahun.

 


Terdiri daripada lima video pendek berdurasi 30 saat, siri "Safety Starts with You" itu menampilkan beberapa orang kanak-kanak yang menyampaikan mesej berkaitan keselamatan pemanduan di atas jalan raya seperti kecuaian pemandu menggunakan telefon pintar, isu pelanggaran lampu isyarat dan had kelajuan, penggunaan indikator menukar laluan, serta penggunaan tempat duduk kanak-kanak.

Menurut Harald Hoezl, Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, "BMW Shorties ini merupakan satu platform bagi mencungkil dan memperkembangkan bakat anak muda di dalam industri perfileman, seterusnya menjadi batu loncatan buat mereka menceburi bidang ini dengan lebih serius."

Mallory Lee, pengarah siri video terbaharu daripada ini pernah mengarahkan video di bawah BMW Shorties berjudul "Gold! There's Gold in the River" pada tahun lepas dan memenangi anugerah People's Choice Award. 
 


Beliau juga merupakan finalis bagi BMW Shorties 2014 dengan filem pendek bertajuk "A Gift" serta pernah dicalonkan untuk beberapa anugerah untuk filem "Hello Angel" pada tahun yang sama. 

Video dan filem pendek BMW Shorties boleh ditonton menerusi laman web http://www.bmwshorties.com.my/

 

 

 

BMW Group Malaysia juga turut mengadakan tawaran rebat dan faedah pembiayaan serendah 1.22% untuk pelbagai model BMW terpilih dan bagi model BMW iPerformance juga turut disertakan bersama BMW i Wallbox dan BMW ChargeNow. 

Karnival Raya@BMW akan diadakan di semua pengedar sah BMW dengan merujuk jadual yang tertera di bawah.
 

Pengedar

Tarikh

Ingress Damansara

30 Jun – 1 Julai

Ingress Puchong

30 Jun – 1 Julai

Regas

23 – 24 Jun

Lee Motors

22 – 23 Jun

MW Seremban

23 – 24 Jun

MW Batu Pahat

23 – 24 Jun

MW Kuantan

23 – 24 Jun

TS Butterworth

23 – 24 Jun

TS Ipoh

23 – 24 Jun

Seong Hoe

23 – 24 Jun

Quill Automobiles

23 – 24 Jun

Wheelcorp

23 – 24 Jun

Wearnes

30 Jun – 1 Julai

Raza

23 – 24 Jun

AB Glenmarie

30 Jun – 1 Julai

AB Kuala Lumpur

30 Jun – 1 Julai

AB Sungai Besi

30 Jun – 1 Julai

AB Johor

30 Jun – 1 Julai

AB Penang

30 Jun – 1 Julai

AB Balakong

30 Jun – 1 Julai

Add new comment

banner articles