Meraikan edisi tahun ke-16 dengan tema RE:IMAGINE, BMW Shorties berhasrat untuk mencabar para pembikin filem dan pencipta konten untuk mendekati konsep penceritaan dari sudut yang baharu, berlatarkan dunia pasca pandemik.
Selain itu, BMW Shorties mengalu-alukan empat ahli baharu ke dalam barisan para jurinya yang ternama. Pengarah veteran Saw Teong Hin (Puteri Gunung Ledang dan You Mean The World To Me) kembali menyertai panel juri, diiringi dengan empat nama tersebut iaitu pengarah terbilang di persada antarabangsa, Nadiah Hamzah (Motif); pemilik anugerah sebagai pengarah, Jeany Amir (Bu, Kasih Suci); penulis lakon layar dan penerbit cemerlang, Anwari Ashraf (Paskal dan Polis Evo) serta pembikinan filem ternama, Joon Goh (Wanita Terindah dan Sitik Tok).
Pemenang hadiah utama bagi pertandingan BMW Shorties 2022 sekali lagi akan dianugerahkan sebuah geran produksi bernilai RM 80,000 bagi pembikinan filem hasil pembiayaan BMW Shorties mereka.
Penyertaan kini dibuka sehingga 28 Oktober 2022 jam 6:00 petang melalui laman sesawang BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my.
Penulis: IZRA