Boon Siew Honda perkenal CBR500R, CB500F dan CB500X varian 2018

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan varian pembaharuan baharu dengan warna-warna dan corak grafik terkini untuk model-model serangkai CB, iaitu CBR500R, CB500F dan CB500X.

Antara yang diperbaharui ialah fairing yang lebih aerodinamik serta lampu hadapan dan belakang jenis LED.

BSH juga mengumumkan bahawa tahun 2018 akan menyaksikan pembukaan empat bilik pameran Honda BigWing, iaitu di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Menurut Timbalan Pengerusi dan CEO BSH, Datuk Sri Datuk Wira Tan Hui Jing, Honda BigWing akan memperkenalkan model-model menarik untuk Malaysia dan siri CB500 yang diperbaharui ini hanyalah sebagai titik mula perubahan tersebut.

Di bawah ialah harga untuk ketiga-tiga model CB500 tersebut (tidak termasuk cukai jalan, insuran dan kos pendaftaran). 

harga CB

Semua model CB500 datang dengan jaminan pengilang selama dua tahun atau 20,000 km.

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…