Boon Siew lancar skuter BeAT 2020 - bermula dari RM5,555

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda Malaysia baru-baru ini melancarkan penawaran skuter Honda BeAT 2020 yang kini dilengkapi dengan pelbagai ciri termaju bagi memenuhi keperluan pasaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Skuter Honda BeAT ini dikuasakan oleh enjin eSP 109.5 cc yang dilengkapi sistem suntikan bahan api PGM-FI yang berkeupayaan menghasilkan 8.68 kuasa kuda dan daya kilas 9.63 Nm.

Ia telah ditala supaya mampu memenuhi regulasi Euro 4 dan memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api serendah 1.69 liter untuk setiap 100 km.

 


Keselesaan tunggangan disumbangkan oleh penggunaan rangka eSAF (enhanced Smart Architecture Frame) yang menjadikan skuter ini lebih lincah, dan mudah untuk dikawal, serta menawarkan tangki bahan api dan U-box yang lebih besar, masing-masing berkapasiti 4.2 liter dan 11.7 liter.

Ciri yang ditawarkan termasuklah rekaan baharu pada lampu utama LED, speedometer, cermin sisi, rim dan tempat pembuka pelana, sementara lampu belakang juga telah diberikan nafas baharu.

 


Untuk memastikan keselamatan di atas jalan raya, Honda BeAT 2020 dilengkapi dengan ciri CBS (Combi Brake System) yang membenarkan jarak pemberhentian yang lebih pendek, serta ciri lain seperti parking brake lock, dan side stand switch.

Warna yang ditawarkan termasuklah Vivacity Red, Force Silver Metallic, Pearl Nightfall Blue, dan Space Magenta Metallic.

 


Harga jualan bermula dari RM5,555 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran.

Boon Siew menawarkan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km yang mana terdahulu untuk setiap pembelian Honda BeAT 2020.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat empat warna pilihan ditawarkan, iaitu Clipper Yellow, Pearl Magellanic Black, Vivacity Red…