BRAAAP Motorsports dilantik sebagai pengendali litar UNIMAP

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Kelab sukan permotoran yang terkenal sebagai penganjur acara trackday dan perlumbaan, BRAAAP Motorsports telah dilantik sebagai pengendali litar lumba UNIMAP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pencapaian tersebut berhasil melalui kerjasama strategik yang dijalinkan dengan Unit Penyelidikan dan Teknologi Sukan Permotoran (MoTECH), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

 

2

 

Litar tersebut terletak di dalam Kampus Utama Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis, yang dibina pada tahun 2013 sebagai hab sukan bermotor di utara tanah air serta kemudahan dalam bidang penyelidikan dalam industri permotoran.

Menurut kenyataan presiden BRAAAP Motorsports, Encik Azuan Izadee, antara pembangunan di bawah pelan 2023 – 2026 untuk menaikkan taraf Litar UniMAP sebagai hab sukan permotoran adalah mewujudkan fasiliti-fasiliti penting untuk kemudahan pengunjung serta penganjur acara-acara sukan bermotor.

 

3

 

Di samping itu, mereka juga mempunyai perancangan untuk menaikkan taraf infrastruktur lampu-lampu untuk mengadakan perlumbaan malam menjelang tahun 2026.

Melalui kerjasama baharu itu juga, pihak BRAAAP Motorsports telah memperoleh 14 unit gokart model SODIKart RT8 270cc, dimana mereka turut menawarkan pakej sewaan RM30 bagi setiap 10 minit.

 

4

 

Ianya sekaligus dapat meningkatkan aktiviti rekreasi dan sukan bermotor di litar UNIMAP, khusus untuk masyarakat di utara tanah air.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Sebanyak 44 pasukan sudah pun mengesahkan penyertaan mereka di dalam acara eksklusif untuk jentera…
Sukan Bermotor
Pihak penganjur juga sedang bekerja rapat dengan Motorsports Association of Malaysia (MAM) dan…