Brek automatik (AEB) pada kenderaan komersil mampu elak ribuan kemalangan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Salah satu ciri kenderaan autonomi ialah brek automatik atau dipanggil autonomous emergency braking (AEB). Ciri ini yang mula diperkenalkan kepada kereta premium sudah mula ditawarkan pada kereta kebanyakan.

Sebagai contoh Perodua Myvi baharu yang dilengkapi dengan Advanced Safety Assist di mana kereta dapat dihentikan secara automatik dalam keadaan trafik sesak.

Sistem autonomi lebih canggih pula boleh didapati melalui teknologi Honda Sensing seperti yang ditawarkan pada Honda CR-V dan Accord.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

VW AEB

 

Teknologi seumpama ini semakin banyak ditawarkan dan seperti biasa, benua Eropah mendahuluinya jika tidak Jepun.

Sistem AEB sebenarnya sangat berguna dalam mencegah kemalangan. Analisa yang dibuat terhadap statistik Jabatan  Pengangkutan UK menunjukkan 2,496 kemalangan melibatkan van dengan berat sehingga 3.5 tan boleh dielakkan jika ia dilengkapi AEB dan seterusnya mengurangkan kecederaan dan kemalangan.

Satu lagi jangkaan menunjukkan penggunaan AEB dapat mengurangkan sehingga 120,000 kemalangan untuk sepuluh tahun akan datang.

Dalam hal ini, Volkswagen layak untuk dipuji apabila tiga model komersilnya iaitu Caddy, Transporter dan Crafter dilengkapi AEB (Front Assist with Emergency Braking) sebagai ciri standard. Ciri-ciri ini mula ditawarkan sejak 1 Jun 2017.

VW AEB


Setakat ini, Volkswagen Commercial Vehicles adalah satu-satunya pengeluar yang melengkapi AEB sebagai ciri standard dalam model keluarannya.

Sistem yang canggih ini adalah rangkaian beberapa komponen dan berikut ialah bagaimana ia berfungsi:

  • Radar dipasangkan secara terbina di bahagian depan van
  • Front Assist mengenalpasti jarak kritikal di antara kenderaan di hadapan dan memastikan hentian yang selamat
  • Dalam situasi yang merbahaya, Front Asist bertindak dalam dua peringkat
  • Peringkat pertama ialah sistem akan mengeluarkan bunyi amaran isyarat visual untuk memaklumkan kepada pemandu terdapat kenderaan depan yang perlahan atau berhenti mengejut
  • Pada masa yang sama, sistem akan bersiap sedia untuk membrek secara automatik dengan komunikasi di antara sistem bantuan brek
  • Jika pemandu gagal untuk bertindak, satu brek secara spontan akan dilakukan secara automatik sebagai amaran kedua dan respon bantuan brek akan ditingkatkan
  • Apabila pemandu mengenakan brek secara manual, hentian sepenuhnya akan bersedia untuk digunakan
  • Jika pemandu tidak mengenakan brek dengan secukupnya, Front Assist akan meningkatkan tekanan brek sehingga tahap sepatutnya supaya kenderaan dapat dihentikan sepenuhnya sebelum sampai ke kereta atau objek hadapan
  • Selain Front Assist, City Emergency Braking pula berfungsi dalam kelajuan rendah
  • Untuk kelajuan di bawah 29 km/j dan apabila pemandu gagal untuk bertindak balas terhadap objek di hadapan, kenderaan akan dihentikan sepenuhnya dan memastikan kelajuan pelanggaran dapat diperlahankan
  • Sistem ini direka untuk menghalang terus daripada berlaku kemalangan di dalam trafik sesak atau bandar sibuk

 

VW AEB

 

Satu lagi fakta tentang kepentingan teknologi ini apabila Thatcham Research (pakar kajian insurans, keselamatan dan kemalangan) mengatakan AEB adalah satu perkembangan teknologi yang paling signifikan dalam keselamatan kenderaan selepas tali pinggang keledar.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
10 unit trak Scania P410A6x2NA yang dimiliki oleh Chemtrax Sdn Bhd merupakan trak spesifikasi ADR (…
Berita Global
Antara perubahan yang dimaksudkan bermula dari bampar hadapan di mana perumah lampu kabus kini…
Berita Domestik
Namun kini kita boleh menjangkakan posisi yang bakal diduduki oleh Isuzu D-Max 2021 berdasarkan…