Brembo nampak peluang ini boleh diperluaskan untuk sistem brek terbaharu mereka yang digelar sebagai Brembo New G Sessanta.
Tidak tertakluk kepada motosikal, laman web Motor1 mengesahkan bahawa produk baharu ini juga turut teraplikasi pada kenderaan beroda empat.
Brembo New G Sessanta menampilkan rekaan angkup brek dengan elemen lampu LED berwarna dengan dua fungsi utama - menjadikan penampilan brek anda nampak cool ketika waktu malam, dan yang kedua memaparkan status semasa sistem brek anda.
Menurut Brembo, mereka menetapkan warna lampu yang berbeza untuk tujuan seperti pemeriksaan status, amaran penukaran pad brek, mengunci atau nyahkunci, serta fungsi GPS dengan lampu bantuan.
Konsep luaran G Sessanta ini mengambil inspirasi daripada produk angkup brek pertama Brembo tahun 1972 dan dikemaskan dengan penampilan elemen LED berwarna yang boleh dipilih bergantung kepada mood penunggang.