Buggy Tamiya saiz sebenar sah masuk produksi tahun depan!

oleh Mohamad Hanif|
Sudah pasti ramai di kalangan pembaca Careta yang pernah berpengalaman bermain dengan kereta kawalan jauh jenama Tamiya masa kecil-kecil dahulu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita baik buat mereka yang mahu mengimbau semula kenangan silam, sebuah syarikat The Little Car Company menerusi kerjasama Tamiya mahu menghasilkan sebuah kereta Wild One Max saiz sebenar yang boleh dipandu oleh orang dewasa.

Tidak seperti model berskala 8:10 seperti yang diperlihatkan sebelum ini, Wild One Max kini boleh memuatkan dua orang dewasa pada satu-satu masa.
 

Tamiya


Difahamkan, dune buggy ini mempunyai sebuah motor elektrik yang memacu gandar belakang, serta dipadankan dengan lapan pek bateri (kuasa keseluruhan 14.4 kWh).

Kelajuan maksimum adalah sekitar 96 km/j.

Untuk disesuaikan dengan laluan off-road, Wild One Max turut dilengkapi dengan peredam Bilstein, spring Eibach, sistem brek Brembo, serta tayar off-road Maxxis bersaiz 14 inci.
 

tamiya


Cagak suspensi hadapan telah direka semula untuk tahap keselamatan serta medan penglihatan yang lebih baik, sementara rekaan trailing arm belakang telah diubah menjadi tetapan double wishbone.

Ruang kokpit Wild One Max ini membawakan skrin digital bersaiz lima inci yang memaparkan maklumat penting, diikuti dengan suis kawalan gred marin, tempat duduk Cobra dan sistem abah-abah empat poin.

The Little Car Company juga akan menawarkan pakej yang halal digunakan di atas jalan raya untuk kegunaan di UK dan Eropah.
 

Wild One


Harga jualan, spesifikasi dan prestasi rasmi hanya akan diumumkan kelak, namun yang pasti produksi Wild One Max ini akan bermula pada tahun 2024, dimulakan dengan 100 unit versi Launch Edition.

Baca: Wild One Max - kereta Tamiya yang anda boleh pandu sendiri

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat Little Car Company dalam satu kenyataan mengumumkan model Tamiya Wild One MAX skala…
Berita Global
Namun, nama Little Car Company ini dilihat bakal menjadi lebih popular apabila mereka bergandingan…