Bukan Renault tetapi Nissan terajui jualan kumpulan Eropah dan Asia ini

oleh Muhammad Md Tajudin|
oleh Nissan.

Selepas dimiliki oleh syarikat asing, Nissan diterajui oleh Carlos Ghosn dan ia adalah suatu yang menarik memandangkan bangsa Jepun mempunyai jatidiri yang kuat.

Semestinya cara kerja dan budaya akan bertembung.

Walau bagaimanapun kedua-dua syarikat ini berjaya mengharungi pelbagai rintangan dan menariknya pada akhir tahun lalu disertai pula oleh sebuah lagi syarikat Jepun iaitu Mitsubishi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Renaul-Nissan-Mitsubishi Alliance

 

Pada satu masa dahulu Nissan mempunyai masalah besar sehinggalah pegangan majoriti dalam syarikat itu dibeli

Hasil gabungan itu membolehkan kumpulan baharu ini menyaingi dua lagi gergasi automotif iaitu Kumpulan Volkswagen dan Toyota dalam menerajui jualan kenderaan dunia.

Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi telah berjaya memasuki kelab 10 juta apabila pada tahun 2017 sebanyak 10,608,366 unit kenderaan berjaya dijual.

Di antara faktor pencapaian tersebut ialah pertambahan permintaan terhadap SUV, kenderaan komersil ringan dan kenderaan elektrik selain daripada penyertaan Mitsubishi dalam pakatan.

 

Renault

 

Pada tahun lalu, pakatan tersebut mempunyai operasi jualan di hampir 200 buah negara dengan sepuluh jenama seperti Renault, Nissan, Mitsubishi Motors, Dacia, Renault Samsung Motors, Alpine, Lada, Infiniti, Venucia dan Datsun.

Suatu yang lebih menarik apabila Nissan benar-benar menjadi ayam jagoan pakatan apabila mencatat jualan tertinggi lebih dari 5.8 juta unit mengatasi kumpulan Renault sendiri dan Mitsubishi.

Berikut ialah fakta jualan Pakatan Nissan-Renault-Mitsubishi pada tahun lalu.

Groupe Renault - Jualan total sebanyak 3,761,634 unit.

Nissan Motor Co. Ltd - Jualan total sebanyak 5,816,278 unit.

Mitsubishi Motors Corporation - Jualan total sebanyak 1,030,454 unit.

 

Mitsubisi Xpander

 

Berikut pula ialah jualan pakatan mengikut pecahan negara dan jenama. Tiga negara dan benua iaitu China, Amerika Syarikat dan Eropah adalah pasaran penting untuk pakatan ini. 

Top 10 Pasaran Pakatan:

Negara

Jualan Total

Pegangan Pasaran

China

1,719,815

6.2%

AS

1,697,149

9.8%

Perancis

759,598

29.8%

Jepun

689,650

13.2%

Rusia

578,082

36.1%

Mexico

412,029

27.0%

Jerman

349,376

9.4%

United Kingdom

309,172

10.6%

Itali

293,362

13.6%

Brazil

267,835

12.3%

Top 10 Pasaran Groupe Renault:

Negara

Jualan Total*

Perancis

673,852

Rusia

448,270

Jerman

228,046

Itali

215,901

Sepanyol

185,760

Turki

178,646

Brazil

167,147

Iran

162,079

United Kingdom

115,262

Argentina

115,243

* 2017 kecuali Twizy

Top 10 Pasaran Nissan:

Negara

Jualan Total

AS

1,593,464

China*

1,519,714

Japan

590,905

Mexico

366,544

U.K.

167,379

Kanada

146,677

Rusia**

107,168

Perancis

81,293

Brazil

78,823

Jerman

76,133

 *Termasuk jenama Venucia ** Termasuk Kazakhstan

Top 10 Pasaran Mitsubishi Motors:

Negara

Jualan Total

China

129,160

AS

103,685

Jepun

91,630

Australia

80,674

Indonesia

79,885

Filipina

71,097

Thailand

69,737

Jerman

45,197

U.K

26,531

U.A.E

24,497

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…