Bukan VW, tetapi SEAT yang bakal menerajui operasi VW AG di Afrika Utara

oleh Muhammad Md Tajudin|
SEAT adalah syarikat pengeluar kereta yang berasal dari Sepanyol. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1950 dan sejak tahun 1986 merupakan subsidiari Kumpulan Volkswagen.

Kumpulan Volkswagen pula adalah gergasi dalam dunia automotif dan mencatatkan jualan tertinggi di dunia pada tahun 2016 dan 2017 mengalahkan Toyota Motor Corporation.

Kumpulan VW juga menguasai pasaran di benua Eropah lebih dari dua dekad lamanya.

Namun begitu adakah segala-galanya mudah buat Kumpulan VW?

Tidak semestinya, walaupun Kumpulan VW gah di Eropah dan China namun belum tentu salah satu jenamanya dapat menguasai kesemua pasaran.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
SEAT North Africa

 

Lihat sahaja respon VW di negara kita dan ASEAN yang setakat ini masih lagi dikuasai oleh Toyota dan syarikat sekutu seperti Perodua dan Daihatsu.

Kumpulan VW tidak duduk diam, pasaran yang mempunyai potensi harus diteroka dan diperhebatkan. Di antara pasaran yang dimaksudkan ialah Afrika Utara.

Negara manakah yang terletak di Afrika Utara ini?

Negara-negara tersebut ialah Algeria, Maghribi, Tunisia, Libya dan Mesir.

Menariknya Kumpulan VW telah memutuskan bahawa bukan jenama VW atau Audi yang perlu menerajui pertumbuhan kumpulan di Afrika Utara tetapi SEAT. 

Tetapi kenapa SEAT?

Sejak dari tahun lepas lagi SEAT telah memberi perhatian di pasaran ini apabila berjaya menubuhkan kilang pemasangan di Relizane, Algeria yang sekarang sedang beroperasi dengan kapasiti penuh.

Algeria juga salah satu pasaran global di mana SEAT mencatat jualan tertinggi pada tahun ini selain Jerman, Sepanyol, UK dan Perancis.

Algeria juga adalah pasaran dengan jualan paling pantas berkembang di mana jualan dari Januari hingga Mei adalah sebanyak 10,700 unit berbanding 1,000 unit dalam tempoh sama tahun lalu.

SEAT juga mempunyai operasi signifikan di Maghribi dan Tunisia.

 

SEAT North Africa

 

VW Group dan syarikat SOVAC yang merupakan pengimport rasmi kumpulan di Algeria telah merasmikan kilang pemasangan di Relizane pada Julai 2017. 

SEAT telah menerajui projek ini dari awal dan sekarang dipertanggungjawabkan untuk mengepalai operasi ke negara Afrika Utara.

Kilang di Relizane adalah salah satu punca kenapa jualan SEAT meningkat mendadak pada tahun ini di Algeria. Kilang itu memasang model baharu Ibiza.

Dalam masa beberapa minggu lagi SEAT akan menawarkan dua lagi model iaitu Leon dan Arona di Algeria. Ketiga-tiga model ini sebenarnya dikilangkan di Martorell, Sepanyol dan pemasangan akhir dibuat di kilang Relizane.

Selain SEAT, kilang Relizane turut memasang beberapa jenama lain seperti Volkswagen, Škoda dan kenderaan komersil Volkswagen untuk pasaran Algeria.

Tidak mahu mengaut keuntungan semata-mata, SEAT turut mahu melibatkan kepakaran tempatan. SEAT mahu menyumbang kepada pembentukan rangkaian pembekal dan industri automotif di Algeria dengan sasaran mahu membangunkan dan memasang model baharu di Algeria.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Thomas berkata, "model SEAT sedia ada akan terus dihasilkan dalam…
Informasi
  Begitu canggih sehinggakan jurutera boleh ke pelbagai tempat dari puncak gunung Mont Blanc…
Berita Global
  Sekam padi kitar semula itu lebih ringan berbanding kedua-dua bahan tersebut. Jika menjadi,…