Cabaran Proton 1-Tank Adventure di Wilayah Timur Malaysia, Sabah

oleh SALINA JALIL|
Proton 1-Tank Adventure telah menuju ke arah pergunungan di Malaysia Timur yang meliputi jarak 420km dari Inanam, sebuah daerah di Kota Kinabalu, ke Kundasang, pada ketinggian 2,000 meter dari paras laut. Walaupun dalam keadaan yang mencabar, semua pasukan yang terdiri daripada pasukan media dan orang awam telah melengkapkan perjalanan ini selama 2 hari. Kumpulan Awam merekodkan hasil terbaik purata penggunaan minyak.

Berbanding Pusingan di kawasan Tengah dan Pantai Timur, laluan di Sabah merupakan laluan yang paling mencabar. Para peserta bertolak dari Proton Edar Inanam, sebuah daerah kecil Kota Kinabalu ke Nabalu Kundasang Lodge melalui Menara Jam Tuaran, Serisim Sub-Station, Ladang Teh Sabah dan Kuala Abai sebelum kembali ke Stadium Likas untuk Pengalaman Pemanduan Dinamik.

Beberapa cabaran yang dihadapi oleh para peserta adalah jalanraya tunggal yang mendaki sehingga 2,000m dari paras laut selain pertembungan dengan sesetengah haiwan tempatan dari ladang. Sesetengah peserta pula sesat disebabkan ketiadaan signal GPS. Laluan sedemikian bukan sahaja menguji penggunaan minyak, tetapi juga pengendalian dan keselamatan kereta Proton.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Cabaran begitu sukar walaupun para profesional industri mengalami kesukaran untuk memandu secara ekonomi namun masih dapat sampai ke ‘check-point’ dalam masa yang ditetapkan. Yang mengejutkan, peserta kategori Awam tampil lebih baik dengan peserta selebriti Ruhainies yang memenangi dengan mencatatkan 5.76L/100km menentang peserta kategori media terbaik pada 6.12L / 100km.

 

proton one tank

 

Sebelum acara bermula, Proton telah menegaskan kepada para peserta bahawa objektifnya adalah untuk mencatat penggunaan minyak dengan tepat mengikut keadaan penggunaan harian. Semua peserta digalakkan memandu dengan penyaman udara dan pada kelajuan yang mewakili pemanduan setiap hari. Ini sangat dihargai oleh peserta kerana keselesaan adalah penting untuk menikmati perjalanan semasa cuaca panas.


Majlis anugerah untuk kawasan Malaysia Timur telah diadakan di Proton Edar Inanam. Kesemua keputusan disahkan oleh Malaysia Speed Festival (MSF) yang telah mengesahkan kesemua 16 pasukan berjaya melengkapkan perjalanan sejauh 420 km itu.
 

 

Pencapaian terbaik adalah untuk Saga 1.3 CVT pada 5.46L/100km (penggunaan bahan api purata untuk Kumpulan Saga adalah 6.17L/100km), diikuti oleh Persona 1.6 CVT pada 5.83L/100km (penggunaan bahan api purata untuk Kumpulan Persona adalah 6.33 L/100km) dan Iriz 1.3 CVT pada 5.76L/100km (penggunaan bahan api purata untuk Kumpulan Iriz adalah 6.57L/100km).

Media tempatan, bakal-bakal pelanggan, pihak bank dan syarikat insurans turut hadir di majlis penyampaian untuk menyaksikan hasilnya dan meraikan kemenangan dengan para peserta.


Laluan 1-Tank Adventure yang berbukit adalah satu pengalaman yang telah membuktikan bahawa kereta Proton mempunyai pengendalian yang sangat baik dan ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif. Setelah melalui jalan-jalan sedemikian, aktiviti Pemanduan Dinamik berjalan dengan mudah selain peserta diajar kemahiran memandu yang lebih baik seperti cara kedudukan tempat duduk, teknik stereng dan penggunaan pedal pemecut. Melihatkan perkembangan ini, laluan dan aktiviti masa depan mungkin akan mengambil kira lebih banyak ciri yang mencabar untuk memberi manfaat kepada semua pemandu.

Tiga buah kereta yang digunakan dalam aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

i. Saga: Jimat, Stabil, Luas

ii. Persona: Prestasi, Praktikal, Keselamatan Terbukti

iii. Iriz: Keselamatan Bertenaga, Pemanduan Responsif, Reka Bentuk yang Diperbaiki

 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman Facebook rasmi PROTON:

https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…