CALB mahu bina kilang bateri EV di Thailand

oleh HEZERI SAMSURI|
CALB, pembekal bateri dari China untuk pelbagai EV seperti Volvo EX30, Smart #3, Smart #1, Nevo, Xpeng, Hyper SSR, Changan, Wuling, GAC, Geely, DFM dan Leapmotor bakal membina kilang bateri mereka di Thailand.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Bercakap dengan pemberita Nikkei Asia, Liu Jingyu, pengerusi CALB berkata pembinaan kilang bateri mereka yang pertama di Eropah sedang dilaksanakan di Portugal.

CALB juga dilaporkan sedang dalam pembangunan bateri solid-state untuk kegunaan EV. Di samping itu, CALB juga memahami kehendak industri EV dan dalam masa yang sama cuba melihat pembangunan bateri yang lebih baik dan lebih murah.

* Laporan penuh di Nikkei Asia