Camry US bakal ganti model tempatan?

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Toyota Camry generasi kelapan yang bakal dilancarkan di Amerika Syarikat (US) hujung bulan ini menampakan perubahan ketara kepada konsep sedan Segmen-D itu.

Jika sebelum ini ia lebih memberi fokus kepada keselesaan dan ruang, Camry baharu ini memastikan platform Toyota New Global Architecture itu digunakan sepenuhnya.

Masih mengekalkan ciri-ciri Camry lama, platform TNGA itu ditambah dengan satu lagi karektor penting - keseronokan pemanduan.

rear camry

 

Ini memberikan sangat berbeza dengan Camry sebelumnya yang memberikan keseronokan hanya kepada mereka yang berusia 80 tahun ke atas sahaja. 

Toyota sememangnya sebuah syarikat yang proaktif dan mengkaji pasaran dan segera bertindak bagi memastikan ia sentiasa berada di atas.

camry interior

 

Beberapa laman web di negara-negara Asean nampaknya melaporkan bahawa Camry baharu untuk rantau ini akan datang dari variasi Camry US ini.

Jika benar, ini adalah satu perkara yang sangat menarik kerana pastinya senario pasaran segmen D akan menjadi bertambah rancak dan mampu menarik mereka yang lebih muda untuk menikmati keistimewaan memandu sedan besar.

Bila ia akan muncul di Malaysia? Pastinya bukan dalam tahun ini.

* Gambar dari Netcar Show

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…